Pada ana lah, kita ni mudah sangat terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia dan Tv3. Kita kena faham, mereka memang nak perangkap kita. Asal ada isu sikit, termasuk isu yang sebodoh Hari Valentine pun jadi masalah pada kita. Sudahnya, kita bagai nak rak nak menjawab. Bodoh jadinya.

Pada ana, apa yang halal itu halal. Apa yang haram itu haram. Yang ditengah-tengah itu, mutashabihat. Memang kita diajar begitu. PAS tak pernah nak bengkok kan agama sebab nak dapat undi. Itu bukan stail kita lah. PAS ada klass….

Sebab itu, ana nak ingatkan anak-anak muda PAS jangan cepat sangat nak lompat dengan isu. Keluar hukum itu dan ini. Relaks ajer.

Utusan memang nak kita silap. Bila kita silap, dia balun kita. Ini memang kerja Utusan lah.

Pada ana, tak ada isu pun pasal Hari Kekasih. Kerajaan pun dah sampaikan dalam khutbah. HARAM. Itu yang dengar khutbah lah. Kalau yang tidur atau makan beriyani masa khutbah berjalan ana tak tahulah. Apa lagi yang sibuk nak tanya pasal pandangan kita.

Pada ana, TG Nik Aziz memang bijaksana. Terus umum kata tak salah nak berkasih sayang asalkan suami isteri. Senang cerita.

Ana nak belikan isteri ana pakaian dalaman yang seksi malam ni. Isteri nombor 1 lah. Yang nombor 2, pegawai imigresen di Melaka – ana jumpa hujung minggu. Untung lelaki macam ana ni, sebab boleh lawat dua kawasan. Asal jangan buat maksiat sudah.

Ana minta lah PAS tutup ini cerita bodoh pasal hari valentine. Jangan layan sangat pertanyaan orang yang nak kita nampak macam Taliban.