Semalam ana ambil keputusan untuk follow ceramah Hasan Ali di AU1. Ana datang lambat sikit. Sengaja datang lambat. Tak nak orang nampak ana datang. Almaklum, ana selalu di kawasan Keramat ini. Surau/masjid di kawasan ini memang ana selalu singgah. Masjid Ansar. Masjid Khairiah. Masjid alRiduan Ulu Kelang. Surau di kebanyakan kawasan di Au2/au1 pun ana singgah juga.

Ana nak pesan kepada kepimpinan PAS, jangan nak ambil mudah sangat dengan kempen Hasan Ali ini. Jangan.

Apa yang ana nak pesan, dia memang ada tarikan. Ceramahnya memang menarik. Membuka mata rakyat. Kalau ana nak sebut ahli-ahli PAS kawasan Hulu Kelang yang hadir, takut pula pimpinan nanti. Ramai sungguh.

Kita boleh perkecil dan anggap dia sudah makan duit gomen dan sebagainya. Tapi kesan kepada pemikiran rakyat itu lebih penting. Ini yang ana nak sampaikan.

Ceramah Hasan Ali sangat fokus kepada beberapa isu yang menyebabkan kita nampak tak sayang Islam, Melayu dan Raja. IMR kata Hasan Ali. Ish…kuat juga tepukan dan layanan yang diberikan kepada Hasan Ali.

Ana bukan nak cakap apa, kalau Hasan Ali ambil keputusan bertanding di Gombak dan salah satu DUN di kawasan sebelah sini – ana rasa dia boleh menang. ikhlas ana cakap. Bukan ana nak burukkan parti sendiri. Ini berdasarkan kajian ana lah. Kalau UMNO gombak terima dia tanding di kawasan sini, ana rasa kita ada masalah besar.

YB Saari bagus juga. Bagus layan dan khidmat kepada rakyat. Tapi selepas dia gagal dilantik sebagai EXCO, ramai juga yang bising. Sedang ahli kita tahu, Saari sangat berperanan dalam menjatuhkan Hasan Ali. Kata mereka, kalau dah jatuhkan, dialah yang patut dilantik. Ini cakap-cakap ahli biasa di bawah. Kebanyakan rakan-rakan dan pengundi kawasan belah sini yang ana jumpa; semua kata kalau Hasan Ali tanding; depa pun nak undi. Termasuk orang PAS!

Ana harap kalangan pimpinan jangan ambil mudah perkara ini. Kena turun semula cuci minda orang kita di kawasan hulu kelang ini. Jangan biarkan.

Ada impak. Ana nak ingatkan ceramah Hasan Ali ada impak. Ada