KSSB nafi Double Dignity terlibat dalam industri pasir

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.

Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.

Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di Negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan dari syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.

“KSSB sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak berkuasa lain dalam apa jua siasatan yang melibatkan KSSB,” kata kenyataan itu.

Double Dignity adalah nama syarikat yang didakwa oleh blogger Raja Petra Kamarudin terlibat dalam kerja-kerja mengorek pasir di Selangor.

=====================

Pada analah, tak payahlah Harakah nak up sangat cerita ni. Tak ada untung untuk kita pun. Semua mereka yang sebat. Kita dapat apa? Kalau setakat jawatan Exco; tapi tak ada bantuan kewangan yang menyeluruh nak buat apa?

Apa Azmin ingat dia sorang yang nak menang pilihanraya? PAS biar kalah? Mangkuk.

Sekarang biar mereka jawab segala macam isu yang mereka sendiri buat. Jangan sampai nama terlibat sebab bunuh orang sudahlah. Naya anak bini.

Untung mereka dapat – biar mereka jawab. Yang harakah sibuk nak defend buat apa.