Ana semalam menemani seorang ADUN PAS Selangor berborak sampai 3 pagi. Macam-macam cerita dalaman yang ana dapat. Tak boleh nak cerita semua. Ada yang ana kena simpan dan jadi pekasam. Sedih sampai tak sanggup nak cerita kepada ahli parti yang lain. Ana risau dan takut, iman politik kawan-kawan jadi longgar dan mula nak tukar kiblat. Bahaya. Semua cerita dalam kain ana dapat daripada YB tersebut. Dia sendiri tak yakin boleh menang semula. Malahan memang tak mahu bertanding lagi. Dia sendiri dah jual dua biji rumah sebab nak khidmat pada rakyat.

Elaun YB mana cukup. Isteri dia tak bekerja. Anak ada 5. Bayangkan. Kalau semua elaun YB digunakan untuk rakyat; yang ada kat rumah nak makan apa?

Dia terus terang dengan ana, dia sendiri dah 4 kali naik jumpa kaunselor di JAIS. Dah tak boleh nak handle isu rumahtangga. Hari-hari bertekak dengan bini. Pinggan terbang dan melayang ke ruang tamu. Macamana nak aman.

YB tersebut cadang pada ana untuk baca tulisan Raja Petra dalam Malaysia Today. Ana jarang baca tulisan anak Raja gila ni. Tapi YB itu suruh juga ana baca. Jangan tidak katanya. Itulah yang berlaku di Selangor. Semuanya dijadikan hak milik peribadi PKR.

Ana sanggah cakap YB kita tu. ‘YB dalam mesyuarat pimpinan takkan tak boleh nak sebut benda ini’?

Enta cakap senang dia kata. Enta tidak ada dalam kedudukan ana. Semua dah disusun oleh ‘orang atas’. Ana cakap lebih nanti, habis ana kena pinggir oleh pimpinan.

Ana cukup sedih dengan cerita YB PAS ini. Nampaknya di Selangor memang kita diketepikan oleh pimpinan PKR. Kita tak dihargai. PAS macam tak ada fungsi. PAS macam dipandang hina.

Ana sedih sebab ini berlaku kepada parti kita. Apa salah kita? Kita tak bantu? Kita tak kuatkan kerajaan Negeri?

Ana doa supaya mereka (PKR) yang bolot harta pusaka untuk kepentingan parti sendiri ditimpa petaka lagi. Jangan main dengan parti Islam. Enta semua memang tak ada hati perut. Makan untuk diri sendiri sahaja. Apa orang PAS tak payah makan dan minum?

Ana mintalah PKR Selangor jadi lebih tanggungjawab. Jangan bolot untuk parti sendiri. Kongsi dengan kita. Jangan biar PAS Selangor melarat.

Advertisements