Ana urut dada pagi tadi. Politik dah jadi super ganas. Nyawa dah macam mainan. Masalahnya, kena pada orang baik macam TPJ PAS Johor. Kita pun jadi pelik. Siapa yang marah sangat dengan pemimpin PAS yang sederhana dan zuhud macam TPJ Johor tersebut. Pelik. Kalau macam Menteri yang ada kontrak ratusan juta tu logiklah nak baling bom asap atau bakar kereta. Ini TPJ Pas sahaja. Bukannya apa pun.

Ana doakan sangat-sangat supaya Dr dan ahli keluarganya dijauhkan daripada sebarang bala bencana. Minta dijauhkan.

Ana telefon Cikgu Bahar (PAS Johor) untuk tanyakan apa yang berlaku. Dia kata, tak mustahil ada usaha pihak dalam PAS sendiri yang marah dengan Dr. Ana kata, tak logik. Tak pernah terjadi dalam sejarah PAS, main politik sampai macam ini.

Kata Cikgu Bahar lagi, ini musim pilih jadi calon. Kalau ada nama yang tak disebut. Mulalah ada pihak yang marah.

Ana tak setuju dan kesal kalau benar apa yang diperkatakan Cikgu Bahar. Kesal sangat. Takkanlah sampai tak jadi calon jadi marah sampai nak bakar rumah TPJ PAS. Dalam pada ana agak ini kerja budak-budak tak cukup bulan parti lawan – Cikgu Bahar pula kata benda lain. Terus terduduk ana.

Ana harap pihak Polis dapat laksanakan siasatan sebaik mungkin. Jangan biarkan isu ini lama sangat. Ini soal nyawa. Lebih elok kalau dapat patahkan teori PAS Johor bahawa ini kerja orang parti sendiri.

Katanya, punca disebabkan Dr yang tidak mahu endorse pencalonan seorang calon baru PAS yang dikatakan boleh menang besar. Dr Dzulkefly tekankan tentang latihan dan kekuatan iman. Jangan nak langgar sahaja. Katanya ada yang marah dan naik angin. Ada yg kata Dr Dzul nak lepaskan diri sendiri sahaja.