Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.

“Kita telah mendapat penjelasan oleh KPF tentang peruntukan fasal 29 ini dan mereka kata boleh buat EGM berasingan atas tuntutan yang berbeza.

“Maksudnya satu pihak nak buat EGM untuk luluskan penyenaraian (FGVH ke Bursa Saham), kita pula boleh buat satu lagi EGM untuk menentang penyenaraian dan kita dah bincang dengan peguam,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat, Mesyuarat Agung KPF akan diadakan pada 22 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

========

Kita kena puji Mazlan Aliman yang terus bersungguh dalam isu ini. Jangan benarkan FELDA menjadi alat Isa Samad. Merbahaya.

Masalah dengan orang FELDA ni…depa ni dah macam robot. Tak reti fikir sendiri. Kena bodoh dengan FELDA pun depa diam sahaja. Pelik. Terhutang budi sampai tergadai bodi. Ikut sahaja cakap macam pak turut. Aduhai, apa masalah orang FELDA dalam Malaysia ni.

Kita doakan Mazlan Aliman dan ANAK dapat menjayakan mesyuarat tergempar ini. Kita kena bebaskan orang FELDA daripada benda-benda yang tak betul ni. Orang FELDA sendiri pun tak selesa dengan tingkah laku Isa dan ISTERI yang melebih-lebih dalam isu FELDA. Isa sendiri mengarah warga FELDA – menggelar isteri dia sebagai First Lady of FELDA. Mak aiii….penyakit ni.