Alhamdulillah, sempat juga ana ke jamuan kenduri kesyukuran Pak Sheikh tempohari. Seronok jumpa dengan pimpinan PKR dan PAS yang berkumpul bersama, meraikan rasa lega di atas pembebasan Pak Sheikh daripada kes liwat. Semua happy. Muka ada senyum. Seronok melihat Pak Sheikh yang tenang dan tidak diganggu dengan kes mahkamah.

Dalam perbualan ramai kawan-kawan PAS, mereka seronok juga tengok wajah Kadiaq Sheikh Fadiaq ada sekali dalam jamuan. Ini baru betul. Bekas Menteri yang secara terang-terangan sanggup bersama kita.

Sewaktu bertemu dengan Kadiaq, ramai juga kawan-kawan PAS tanya samada dia nak bertanding semula dalam PRU yang akan datang. Dia senyum. Dia pun tegaskan, kalau dia nak bertanding – dia boleh bertanding bila-bila masa. Adik dia, MT UMNO (Aziz Sheikh) sedia bagi kawasan Kulim Bandar Bharu bila-bila masa. Tapi, orang PAS boleh sokong saya tak? Semua gelak. MESTILAH!!! Jawab kami ramai-ramai.

Ana dapat bayangkan, kalau Kadiaq bertanding semula dan menang; maka akan lebih peninglah kepala BN. Mahunya tidak. Bukan kecik anak. Kadiaq di Kedah macam Raja. Rumah besaq. Kaya raya. Duit banyak. Kalau adik dia pun sedia bagi laluan – kita nak kata apa.

Pada ana, apa yang berlaku adalah kuasa Allah SWT jua. Kadiaq yang memang kuat UMNO pun akhirnya rapat dengan PKR dan PAS. Siapa boleh agak jadi macam tu.

Ana tanya bekas Menteri: ‘kenapa tak jemput Ku Li sekali?’.

Kadiaq jawab: ‘Saya datang ni kira macam Ku Li datanglah ni’.

Semua pakat gelak ramai-ramai.

Kadiaq tambah lagi; UMNO sudah jadi parti yang usang dan tidak bermaya. UMNO sudah jadi zombie. Hadirin semua gelak.

Indah sungguh suasana malam itu, melihat seorang Menteri UMNO sanggup bersama dengan kita. Kadiaq kata, semua rahsia UMNO dalam poket dia. Semua minit MT UMNO dia baca. Adik dia akan bagi copy. Semua benda dia tahu.

Memang seronok kali ni.