Ana ucap tahniah lah kepada Dr yang baru dilantik sebagai Exco Selangor yang baru. Apapun orang kata, Dr masih lagi ahli PAS dan wajar kita sokong dengan sepenuh hati. Mahu tidak mahu, kita letaklah harapan kepada Dr agar dapat memberikan yang terbaik kepada PAS Selangor. Bukan kepada kawasan sendiri sahaja. Jangan ulang kesilapan Hasan Ali. Kawasan sendiri tak jaga. Kawasan PAS yang lain pun tak jaga. Dia jaga diri sendiri. Sudahnya, UMNO jaga dia. Kita juga yang kena.

Ana dah sampaikan pandangan itu hari, pada pandangan ana yang tak pandai politik ini, Saari Sungib adalah calon yang lebih baik. Dalam segala segi. Kemahiran bercakap. Kerja politik. Kerja sukarela. Pernah masuk ISA kerana politik. Setia dengan PAS. Kasihkan perjuangan Anwar. Berpendidikan. Semua ini membuatkan Saari sebagai calon sempurna. Tapi biasalah, dalam PAS pun ada permainan politik juga. Banyak. Tikam. Bentis. Tolak. Semua ada.

Tapi kita terimalah dengan hati terbuka dengan perlantikan ini. Bukan orang lain, keluarga PAS kita juga.

Pada ana,kekecewaan kedua adalah apabila portfolio Hal Ehwal Islam diambil alih oleh MB. Ana bukan nak ikut cakap Utusan Malaysia; tapi ramai juga jamaah kita yang tanya; apa jadi dengan PAS? Apa kedudukan kita dalam Exco? Bukankah ISLAM memang menjadi hal ehwal kita dalam PAS? Kenapa bagi orang lain?

Ana tak boleh nak jawab soalan jamaah di Masjid Makmuriah, Sungai Besar malam tadi. Ana diam. Seorang ahli totok PAS tak senyumpun pada ana. Pada dia, ana patut sudah warning pimpinan pasal ini. Siapalah ana. Orang tak dengar cakap ana.

Ana terima teks daripada seorang ahli PAS yang rapat dengan Menteri Besar. Sms-nya berbunyi begini:-

‘enta semua kena tenang. MB tahu dia buat apa. kita tak boleh ada kes serbu gereja lagi. bahaya kepada undi. nanti BN menang. cuba tengok kawasan PJ Selatan. ada 16 gereja yang menyokong kita (PR). kalau kita lukakan hati mereka; habis undi PR’. 

Ana balas sms kawan ana itu:-

‘ana setuju bab strategi politik. tapi apa salahnya kekal exco agama pada kita; dengan pengawasan MB? takkan sampai macam itu MB tak percaya PAS?’

Dia balas balik:-

‘kita jumpalah sheikh. mudah nak terangkan. kita dan BN 50-50 di Selangor. jangan timbulkan isu’.

Ana tak jawab sms itu. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Semua ini strategi politik.

Ana pulangkanlah kepada kebijaksanaan pimpinan.

Pada ana, jangan tengok 16 GEREJA di PJ SELATAN sahaja – apa jadi dengan ratusan/ribuan MUSOLLA, SURAU, MASJID yang ada seluruh Selangor. Yang kita nak jaga sangat PJ Selatan itu pasal apa? Ana pun tak faham.

Apapun, selamat bertugaslah EXCO Selangor yang baru. Moga beroleh keberkatan.

Advertisements