Alhamdulillah, ana dan rakan-rakan nak gunakan kesempatan ini untuk ucapkan setinggi tinggi TAHNIAH di atas kejayaan besar PAS Kedah menganjurkan Konvesnyen Pakatan Rakyat. Inilah antara konvensyen paling hebat yang ana pernah hadiri. Kehadirannya hebat. Sambutannya hebat. Pengisiannya hebat.

Ana dan rakan-rakan terpaksa pulang lewat sedikit, kerana tayar kereta pancit. Empat2 tayar kereta ana pancit. Kereta Haji Shuib (Setiawangsa) pun kena pancit. Beratus katanya kereta yang kena pancit. Standarlah…kerja kotor SB dan Pemuda UMNO. Kita dah biasa dengan cabaran macam ini. Tak merisaukan langsung. Lagi depa pancit tayar, pecah cermin – lagi kita kuat dan bangkit melawan pemerintah zalim. Apa kita peduli. Ini semua ujian kecil. Kalau kena ujian macam Anwar macamana? Lagi pening kita. Setakat pancit tayar, kami buat lawak sahajalah. Sambil ketawa sahaja mencari kedai. Bodoh punya pencacai kerajaan.

Ana puji PAS Kedah yang dapat menghadirkan hampir 30k orang di stadium. Luar biasa. Semangat pun luar biasa.

Ana nak tergelak sebab pagi ini UMNO Kedah mesti terkencing dalam seluar. Minggu lalu kata yakin dapat tawan Kedah.

Bila tengok kehadiran semalam, Pengerusi UMNO Kedah rasanya – dah hilang akal dan dapat penyakit sawan. Silap2…tumbang.

Mahunya tidak, kalau itulah petunjuknya, jawabnya PAS Kedah akan perintah lagi 5 tahun. Confirm.

Semua kawasan di Kedah hantar wakil. Semua sama-sama mencerna arahan pimpinan dan parti. Paling ditunggu ucapan pemimpin suci bersih bernama Anwar. Tak sabar penyokong kita nak salam dan cium dahi Anwar. Ambil berkat.

Pada ana, UMNO Kedah elok lupakan sahajalah cita-cita nak tawan Kedah. Buang masa. Letak TUN MAHATHIR pun belum tentu boleh menang. Minta maaf cakaplah. Perubahan pemikiran rakyat kali ini luar biasa. Lebih hebat daripada tahun 2008 di bawah Tun Dol yang kuat tidur.

Apapun, kita syukur kerana Anwar sudah boleh nak jadi pemimpin PR. Anwar inilah sumber kekuatan kita. Kita tumpang kekuatan Anwar. Tapi dalam masa yang sama terus membina kekuatan PAS.

Nampaknya, Hasan Ali tidak ada kesan langsung kepada PAS. Tanpa PAS, Hasan Ali ini ibaratnya macam dah tak ada kenderaan. Duduk rumah peluk bini. Tapi konon cakap perjuangkan Islam. Ada juga jenis nak pertahan Hasan Ali tu ana tak faham. Memang fikrah tak berkembang. Elok join PERKASAP Ibrahim Ali. Sesuai.

Apa kata kita naikkan sikit pangkat Ustaz Azizan dalam pemilihan akan datang. Ada standar Timbalan Presiden Ustaz ni. Ramai kawan-kawan yang cakap gitu. Ana sanggup bantu.