Semua pihak di seluruh dunia kini boleh melihat sendiri harta yang dimiliki oleh pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang apabila ia dimasukkan sepenuhnya ke dalam laman web kerajaan negeri.
Tindakan ini diambil selepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan harta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam.
“Hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan rasminya memuat naik maklumat tersebut ke dalam laman web kerajaanhttp://www.penang.gov.my,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui perisytiharan itu didapati Exco Pulau Pinang yang paling kaya adalah Phee Boon Poh manakala yang paling tidak berharta adalah Abdul Malik Kasim.
Menurut Lim, semua ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memegang jawatan dan amanah awam sebulat suara bersetuju bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut kebertanggungjawaban penjawat-penjawat awam.
***************************************
Ana respek dan hormat dengan Guan Eng. Memang Cina ini luar biasa berani. Dengan selamba dia keluarkan data mengenai harta benda Exco kerajaan Negeri. Pada ana ini tindakan yang sangat luar biasa. Sangat berani.
Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah, ana cadangkan ambil pendekatan yang sama. Jangan takut. Dedahkan sahaja. Kalau sebelum ini individu seperti Husam dikatakan sebagai teramat kaya; boleh menggunakan kesempatan untuk membersihkan nama. Sama juga dengan TG Nik Aziz dan ahli keluarga.
Ana rasa, kalau kita ambil kesempatan ini – PAS akan lebih dihormati oleh orang ramai.
Selangor pun boleh benda sama. Isytihar. Barulah ada nampak kesepakatan antara kita. Ana percaya, banding dengan DAP dan PKR; wakil rakyat PAS pastinya paling MISKIN, KEDANA dan TAK MEWAH. Ana percaya itu. Kita semua hidup dengan keadaan Zuhud dan takutkan Allah. Tak macam UMNO.
Cuba bayangkan kalau Menteri macam Hisapmuddin T Hussein, Shahrizat dan Raja Nong kena isytihar harta; mahunya 18 rim kertas A4 baru cukup senarai harta. Berkoyan-koyan. Semuanya hasil rompakan harta rakyat. Tak gitu????
Jom isytihar! Jangan takut!
Januari 15, 2012 at 10:03 pm
Reblogged this on jiwamu separuh pergi.
Januari 17, 2012 at 10:05 am
.penyokong pas kata….Ana respek dan hormat dengan Guan Eng. Memang Cina ini luar biasa berani. Dengan selamba dia keluarkan data mengenai harta benda Exco kerajaan Negeri. Pada ana ini tindakan yang sangat luar biasa. Sangat berani….
…..dia akan berani selagi KITA tidak berani…!!!!
Januari 20, 2012 at 3:19 pm
apa kaitannya? ana nak pemimpin Islam yang bersih…bkn perompak harta rakyat (loan beli lembu; tapi beli kondo)…
Januari 24, 2012 at 11:13 pm
tuan haji idries, lantak le dia nak beli apa pun, loan dia, dia tak bayar kita ambil tindakan, kalau kerajaan tak ambil apa2 tindakan, bila kita tadbir esok, ( bukan PKR, bukan DAP dan bukan PAS juga ) tapi pemimpin yg benar2 menegakkan SYARIAT ISLAM, kita ambil tindakkan sepenuh nya keatas mereka2 yg ternyata bukti nya bersalah dengan RASUAH dan penyalah gunaan kuasa. Kita hukum mereka dengan hukuman ISLAM. Kita buktikan ISLAM itu adil, ISLAM itu adalah cara hidup yg di tetapkan ALLAH,
Januari 27, 2012 at 12:47 pm
hahaha…jangan tertipu dengan strategi mengaburi mata rakyat…
yang jaga website tu sapa… kalu dia letak Lim Guan Eng ada sebijik rumah buruk pun sapa yg tentukan kesahihannya…???
Puak PAS ni mcm org kampung dulu2 la.. cepat nau kena tipu dek CINA…. tak gituu…???