Alhamdulillah, seronok terima sms arahan untuk bersama dengan rakan-rakan ahli PAS untuk ke Kedah esok pagi. Seronok pergi ramai-ramai ini. Singgah sini. Singgah sana. Ambil orang ini. Jemput orang itu. Perjalanan jangkanya mengambil masa setengah hari. Kita siap berhenti sembahyang. Bukan macam orang UMNO pergi PWTC – semua pakat jama’ takyah sahaja. Memang jenis orang tak sembahyang.

Kalau ikut sususan perjalanan, kami semua akan berkumpul di Masjid Usamah di Wangsa Maju, Zohor esok. Semua kumpul di sana. Ambil peruntukan yang disediakan. Kemudian bergerak ke Ijok. Ambil Ustaz Hasnan yang memang dah uzur. Orang lama. Masih semangat nak jumpa Anwar. Dia ada niat nak cium dahi Anwar katanya. Ambil berkat. Ana nak sampaikan hajat orang tua sahaja.

Selesai di Ijok, ambil pula Haji Supardi di Pekan Sungai Besar. Kalau dan, singgah maghrib di Sungai Besar. Senang. Lepas itu baru bergerak semula ke Utara.

Ana mendoakan rakan-rakan supaya selamat pergi dan kembali. Semangat memang luar biasa. Poster Anwar dah siap dalam kereta. Pada ana, ini himpunan yang bermakna selepas Anwar dilahirkan semula sebagai pemimpin politik tak ada dosa 9 Januari lalu. Bersih Anwar. Amat bersih. Inilah contoh bagaimana pejuang Islam sentiasa diuji dengan ujian yang sukar. Ana tabik spring.

Dalam pada seronok, ana pun naik hairan dengan sikap Dewan Ulama’ PAS yang buat macam-macam kenyataan yang tidak selari dengan parti. Sibuk nakkan Hasan Ali kembali dalam PAS. Sibuk nak Haji Hadi sebagai Perdana Menteri.

Dewan Ulama’ sendiri tak tahu ke memang Haji Hadi sendiri mahukan Anwar. Apa masalahnya? Apa yang Dewan Ulama’ nak kecoh dengan benda lain ni? Perlukah?

Pada waktu ini, kita tumpang sahaja mood orang ramai yang sayang pada Anwar. Kita kena tumpang. Jangan tak tumpang. Rugi.

Kita tahu, memang kepimpinan kita lemah, tapi buat masa ini, Anwar adalah kuda terbaik kita untuk sampai di Putrajaya. Kalau tak faham lagi, elok kalau makan kismis.