Pada ana, PAS sekarang sudah mempunyai budaya politik tidak sihat. Setia kepada individu. Parti jadi kedua. Sebab itu apabila mana-mana individu bermasalah – ianya akan memberikan masalah kepada parti. Ini sesuatu yang tidak wajar.

Ana tidak mencadangkan kita jadi macam UMNO. Kami dengar dan kami akur. Ini semua kerja bodoh.

Pada ana, dan ramai juga teman-teman PAS yang setuju, PAS perlu lebih besar daripada individu. Hasan Ali hanyalah sebahagian kecil daripada tentera PAS. Bukan penting sangat. Sebenarnya, keangkuhan Hasan Ali, kebodohan Hasan Ali – membangkitkan isu kristianisasi yang memberi masalah kepada PAS. Sebelum daripada itu, kita biasa masuk gereja di Shah Alam; malahan sewaktu di PRN Sarawak – tak ada masalah. Sebab Hasan Ali, hubungan kita dengan Paderi pun jadi renggang. Tapi kita nak undi orang Kristian. Tapi kita sudah ada liabiliti dengan adanya orang macam Hasan Ali.

Memang kita tahu, ada juga beberapa kerat ulama’ yang bersama Hasan Ali. Semua ini ulama’ bisnes. Masing-masing ada kepentingan perniagaan. Yang jual air hikmat ada. Yang jual kismis ada. Yang jual tangkal pun ada. Semua kumpulan ulama’ cari makan.

Daripada parti terus rosak, ana rasa elok kalau PAS jalankan usaha pembersihan parti daripada elemen-elemen yang merosakkan ini.

Tak kiralah dia Ustaz ke, bomoh ke, dukun ke, tabib ke – kalau dah mula menyerang parti; kita kasi kafankan politik mereka. Tak guna kalau bergerak untuk merosakkan PAS.

Hasan Ali mahu dijadikan hero kononnya. Sudahlah…macam lah kita tak tahu. Dia sesak berniaga. Nak cari duit lebih.

Elok pecat sahaja semua yang menyokong dan bersimpati. Mudah.

Advertisements