Ana bersyukur dengan keputusan parti yang tepat untuk memecat Hasan Ali. Memang ana minat. Malahan dalam posting ana awal-awal; memang ana mengatakan Hasan Ali adalah contoh pemimpin yang mempunyai potensi besar di dalam PAS. Sayangnya, Hasan Ali cepat kecewa dalam perjuangan. Tak istiqamah. Mudah menyerah.

Sudahnya, dia menjadi bidak UMNO. Payah kalau macam ini. Daripada minat peribadi, ana memilih kesinambungan perjuangan parti. Itu sahaja. Hasan Ali mesti pergi dan meninggalkan PAS.

Kita tahu kenapa? Semuanya sebab RM. Bukan orang. Tapi Ringgit Malaysia.

Bisnes Hasan Ali, AKRAB dan sebagainya merudum teruk. Dah tak boleh nak tampung overhead pun. Sudahnya, ramai kakitangan yang berhenti. Ambil budak universiti jaga program. Semua hancur. Hasan Ali kecewa kerana usaha membawa beberapa orang kontraktor yang rapat dengannya di Selangor; gagal dilayan oleh MB Selangor. Kontraktor tak berpengalaman. Track record hancur. Nak diberi projek? Kita bukan kerajaan UMNO.

Mahu cuba mendapatkan projek di PKNS; kuku Azmin ada di PKNS. Hasan Ali kecewa.

Perkenalan dengan pemilik PROTASCO BERHAD telah memberikan Hasan Ali nyawa baru. Ini kontraktor kelas tertinggi. Boleh beri duit pada bila-bila masa. Boleh bawa Dr Hasan jumpa Najib bila-bila masa. Seronok. Kutuk PAS. Langkah janji. Hmmm….semua pasal duit.

Pada ana, dalam tempoh berdepan dengan pilihanraya, YB Saari calon paling layak ganti Dr Hasan. Bukan pesuruhjaya.

Pesuruhjaya PAS Selangor nampak tua dan ganyut. Orang muda tak suka. Malahan di kalangan orang muda kita sendiri gelarkan Pesuruhjaya PAS Selangor – ‘zombie’. Takkan kita nak ketengah orang macam ini. Buat rugi undi sahaja.

Pilihan ana – YB Saari. Noktah.

YB Saari pun rapat dengan Anwar. Mudah kerja kita.

Advertisements