Ana sempat sujud kesyukuran bersama kawan-kawan pagi tadi. Biar sakit dahi mencecah tar yang dibuat kontraktor BN – ana berasa sangat bersyukur dan menganggap ini sebagai takdir Allah SWT.

Pada ana, kita hanya mampu merancang. Yang melaksana adalah Allah SWT. Walaupun apa sahaja konspirasi, pelan yang dirancang oleh manusia; akhirnya adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku kepada Anwar dan keluarga adalah satu perkara yang sangat ana sedih dan kesal. Tak sudah-sudah Anwar dihina dan dimalukan. Apa yang Anwar ada tidak ditunjuk kepada rakyat.

Hari ini adalah sejarah kepada kita. PAS memang tidak silap untuk mendokong perjuangan Anwar. Tidak silap sama sekali.

Kita berjaya melahirkan seorang pemimpin hebat; yang tahan lasak dan sedia diuji.

Anwar akan kekal menjadi IKON perjuangan PR.

Amacam orang UMNO?

Simpan lah duit mana yang ada untuk masa depan. Masa anda sudah berakhir.

Ini zaman dan musim ANWAR IBRAHIM!!!!

Advertisements