Ana puji dengan sikap politik rakyat Kelantan (khususnya penyokong PAS). Hebat kita berkumpul dalam mendengar ucapan Anwar semalam. Ana bangga sebab rakan-rakan daripada seluruh Kelantan komited untuk datang dan memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Anwar patut berterima kasih kepada jentera PAS Kelantan yang sanggup bersungguh-sungguh mempertahankannya. Ini adalah komitmen besar. Wajar dibalas dengan kepercayaan yang lebih besar dan padu.

Memang sekian lama menjadi harapan warga PAS untuk Haji Hadi atau Nik Aziz ditawarkan sebagai Ketua Umum PR dalam masa terdekat ini. Inilah sahaja cara nak meletakkan PAS di puncak kuasa; sekaligus meletakkan PAS sebagai parti utama dalam PRU yang akan datang.

Cubaan melobi Izzah sebagai Ketua Umum tidak wajar. PR akan dituduh sebagai mengamalkan kronisme dan bersifat keluarga. Ini tidak elok untuk PRU yang akan datang. Sudahlah kita perlu membersihkan nama daripada masalah moral, tak perlu kita nak kenalkan satu lagi nama yang hanya menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Haji Hadi adalah calon yang paling layak daripada sudut pengalaman dan kemahiran. Tetapi kalau kita mahu menggunakan kaedah menarik simpati, TG Nik Aziz akan jadi calon yang lebih sesuai. Kita boleh cycle semula gambar Anwar mata lebam; di samping gambar TG menangis sedih memohon keampunan Allah. Perfect! Confirm kita boleh dapat undi simpati. Apapun, kita doakan Anwar dan keluarga mendapat kerahmatan dan syafaat Allah SWT.

Percayalah, kalau DSAI tidak melakukan dosa tersebut – jawatan Perdana Menteri akan kembali kepada DSAI juga akhirnya.

PAS komited bersama Anwar,…..SELAMANYA!!!

Advertisements