Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor

10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang

Sahabat dan sheikh Pakatan Rakyat kita, Anwar akan berada di Kelantan petang/malam ini. Bagi pihak PAS Kelantan, marhaban kita ucapkan dan semoga Sheikh akan beroleh keberkatan dan diredhai Allah SWT hendaknya sepanjang berada di negeri kita ini.

Pada kita, Anwar ini adalah pahlawan politik. Dr Badrul Amin dengan lebih yakin, menganggap Anwar sebagai Imam Mahdi. Penyelamat umat seluruhnya. Maka, pendekar-pendekar UMNO pun mengeluarkan macam-macam hinaan. Kita dalam PAS – kita diam sahaja. Tak guna berlawan dengan kumpulan yang tidak ada hujah yang lebih baik.

Pada ana, Anwar masih lagi relevan. Biarlah kerabat Selangor yang gila duit macam RPK kata Anwar tidak relevan. Anwar masih relevan.

Terus terang ana kata, kalau Anwar tidak ada – DAP dan PAS akan bergaduh. Ana bagi 6 bulan sahaja. Setakat 6 bulan. Dikenali sebagai sahabat politik yang sangat kurang ajar dan tidak ada adab – ana rasa, kita akan bermasalah dengan DAP. Ini kerana beza kita dengan dia macam langit dan bumi. Selama ini, tanpa Anwar – rasanya dah lama kita tamatkan hubungan dengan DAP.

Anwar lah jadi gam gajah yang menyatukan kita, PAS dan DAP. Kalau Anwar tak ada – ana rasa kita akan berdepan dengan nasib politik yang semakin kabur.

Sebab itu, ana sokong benar dengan saranan Timbalan Presiden PAS – agar kita menyiapkan Tentera Mahdi seramai 50 ribu orang menjelang Isnin nanti. Kita susun dengan elok dan berkesan. Jangan bagi peluang untuk orang kata kita tinggalkan Anwar dalam keadaan dia susah. Tak betul.

PAS akan bersama dengan Imam Mahdi. PAS akan bersama Anwar dalam apa sahaja keadaan. Jangan risau.

Ana dan berjanji dengan Cikgu Ahmad Hashim (Kuala Terengganu), Sarjan Md Nor (Kubang Krian), Doktor Hasbullah (Pasir Mas) petang ahad nanti. Kami siap sedia nak ke Kuala Lumpur dan menyewa hotel murah di Taman Melawati. Kalau nak jumpa, kita boleh bertemu di Restoran Syed, Taman Permata di sebelah malam. Mari bersama. Kita pertahan Anwar Ibrahim.