Ana lebih seronok tengok Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak berbanding tengok Zain Badak dan Noh Omar bergentayangan di i-City. Banyak belanja UMNO Selangor kali ini. Khabarnya, dekat RM3 juta nak pastikan rakyat Selangor datang ke i-City dan sekaligus menyokong BN. Banyak belanja. Noh Omar sendiri gembira dapat bajet khas untuk melaksanakan program Sayangi Selangor. Ramai juga kontraktor kroni UMNO yang dapat projek letak kanopi dan sebagainya.

Kesudahannya? Hmmmm….suam kuku.

Inilah padahnya kalau UMNO selangor masih nak bertuankan Noh Omar dan Zain Badak. Pada analah, dua orang ini sudah sampai tahap tepu. Hantar pergi luar Negara buat pembedahan plastik pun, rakyat tak boleh nak terima. Rakyat Selangor dah benci.

Ana puji dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor yang nampak peluang untuk menjahanamkan program i-City Noh Omar. Gabung Ustaz Azhar dengan Zizan Raja Lawak; selesai masalah. 80 ribu orang membanjiri program kita. Siap dengan asmaul husna malam tahun baru. Terkangkang Zain Badak dan Noh Omar. Kena lagi.

Rakyat Selangor mesti bangkit menolak Umno BN untuk kesejahteraan rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas pembangkang Selangor, Umno BN selesai mengadakan Karnival Sayangi Selangor pada 28 hingga 31 Disember lalu dengan harapan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk merampas itu.

Katanya, pemimpin Umno BN menyedari betapa peritnya menjadi pembangkang dan banyak lubuk emas sudah terkambus, maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk merampas kembali Selangor

menurutnya, walaupun beberapa isu yang diputar di Selangor untuk menarik perhatian rakyat supaya menyebelahi Umno BN, namun masih lagi gagal.

“Dilemanya pembangkang di Selangor masih memainkan skrip lama dan pengarahnya otak sudah tamat tempoh,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, isu perkauman dan agama diputar dengan melalui televisyen dan media perdana masih tidak mampu merubah pemetaan politik di Selangor.

Ini, katanya kerana rakyat yang celik maklumat anggap itu berita yang layak dibakul sampah sahaja.

“Nekad BN, Selangor mesti dirampas kembali dengan apa cara sekali pun. Banyak program Kementerian dicurahkan ke Selangor, seolah-olah negeri Selangor satu-satu negeri di Malaysia,” ujarnya.

 

Ana rasa, selagi Noh Omar, Zain Badak, Salamon Salamat, Markiman Kobiran, Nawawi jadi tonggak UMNO di Selangor….LUPAKANLAH nak tawan Selangor. Buang masa.

Advertisements