Ramai juga jamaah di kawasan Batu yang bertanya kepada ana, apa kedudukan HUDUD di dalam Konvensyen dan perasmian manifesto Pakatan Rakyat pada 14hb Januari ini? Ana kata, insya’Allah, kita dahulukan NEGARA BERKEBAJIKAN. Ramai yang geleng kepala. Mereka nak juga HUDUD. Pada ana, walaupun penerangan yang cantik dan menarik dalam video klip OLEY oleh Pemuda PAS – nampaknya gelora kalangan ahli di bawah masih lagi wujud dan real. Mereka nak juga hudud.

Pada ana, PAS Pusat kena keluar bajet dan perbaiki kempen NEGARA BERKEBAJIKAN. Jangan terlalu nak pisahkan hudud dari PAS. Masalah nampaknya.

Takkan kita nak buat apa yang ahli tak berapa nak faham dan gemar. Mereka masih pegang negara Islam. Kita nak jual benda baru. Payah juga.

Pada ana, negara berkebajikan ini konsep yang bagus. Tapi kena dekatkan sikit dengan Negara Islam. Insya’ALlah boleh diusahakan. Kita ramai ulama’ dalam parti, boleh cari kaitan antara negara berkebajikan dan negara Islam. Bagi ayat yang kuat sikit. Insya’ALlah boleh kita dapatkan semula sokongan rakyat.

Ada juga kawan-kawan yang tanya pasal isu lain.

9 Januari 2012: Apa Pendirian PAS?

Selepas Anwar dapat keputusan di mahkamah; apa pula pendirian PAS nanti? Mereka tanya? Ana tak dapat nak jawab.

Pada ana, kita sama-sama doa kepada Allah SWT bahawa Anwar akan lepas bebas dan didapati tidak bersalah. Kita doa. Kita buat kenduri dan solat hajat hampir setiap hari. PAS kena akui, PAS mengharapkan aura Anwar kalau nak menang pilihanraya. Kalau Anwar tak ada….susah juga kita.

Pada ana, Anwar kalaupun dia tersilap mengawal nafsu, khidmatnya masih diperlukan dalam konteks yang lebih besar. Dia mungkin tak tahan nafsu – tapi dia seorang pemimpin yang baik. Tok Guru Nik Aziz sendiri mengakui. Anwar mungkin tak dapat tahan gelora; tapi dia yang terbaik dalam bidang politik.

PAS kena teruskan solat hajat buat Anwar. Ini sahaja yang kita mampu tolong.