Kalau dah sepakat, di kalangan pimpinan PAS bahawa Hasan Ali adalah liabiliti kepada parti, ana suka cadangkan agar PAS buat keputusan serta merta dan PECAT sahaja Hasan Ali dalam kadar yang segera. Kalau dah melampau sangat berkonspirasi untuk menjahanam parti, apa lagi hukumannya?

Kita selalu kata UMNO lembik, tak berani, tak ada tulang belakang, sampai masalah LEMBU pun tak berani nak pecat Ketua Wanita; apa kata PAS buktikan kepada UMNO bahawa kita lebih berani dan tegas. Ambil tindakan. Buang parti. Pecat daripada EXCO Kerajaan Negeri; Serta merta.

Barulah nampak kita tegas dengan disiplin parti. Tak bermain dengan dasar dan kedudukan parti. Ini yang ramai ahli PAS nak kita buat. Kalau dah terbukti salah, pecat sahaja. Jangan tangguh. Buat rosak nama parti sahaja buat kejadah apa nya.

Ana punya fikiran mudah sahaja, dalam parti tidak boleh ada primadona dan mereka yang perasan lebih hebat daripada parti. Bahaya. Kalau salah – pecat. Mudah.

Ana dah buat kajian sikit-sikit di Selangor, tak ada impak mana pun kalau Hasan Ali tak ada. Khalid Samad lebih mampu memimpin kata ramai jemaah PAS. Khalid Samad lebih berpengalaman dalam mengurus isu agama. Ini kata merekalah. Kalau ramai kata begitu. Ana agak setuju.

Kita tutup episod Hasan Ali dalam PAS. Mudah. Jangan biar dia rosakkan parti.