Parti Islam Indonesia bentuk Aliansi Hijau
Parti-parti Islam di Indonesia tidak mahu lagi situasi politik negara umat Islam terbesar di dunia itu ditentukan parti didominasi kumpulan nasionalis sekular seperti yang ada sekarang.
Malam tadi mencetus satu lembaran baru yang menuntut keikhlasan penuh bagi membentuk acuan baru politik berlandas dimensi Islam apabila satu aliansi baru dibentuk.
Mengejutkan apabila aliansi itu dinamakan Aliansi Hijau dengan logo berbentuk seperti berlian hijau yang bergaris dua putih di tengah.
Aliansi itu dibentuk melalui kesepakatan dengan perjanjian persefahaman di antara Partai Bulan Bintang (PBB) dan Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU) dengan penuh sesak kehadiran penyokong di sebuah hotel di sini.
MoU itu ditandatangani Ketua Umum PBB, Dr H M Kaban dan Ketua Umum Dewan Tertinggi PKNU, Drs H Chairul Anam dengan disaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan penyokong dari seluruh wilayah Indonesia.
=============================
Ana teringin sangat agar PAS menggunakan pendekatan sama di Malaysia. Kita kena satukan semula hati NGO-NGO Islam untuk bersama dengan PAS dan tidak lagi bergerak secara nafsi nafsi.
Gerak secara sendiri ini tidak mementingkan jamaah. Ana teringat bagaimana PAS dengan ABIM pernah duduk di meja diskusi yang sama; bercakap mengenai Islam. Berbincang mengenai kedudukan istimewa Melayu dan raja-raja. Benda ini pernah wujud dahulu. Tapi sekarang….
ABIM pun sudah tidak seperti dulu dengan PAS. Kita fahamlah, di dalam ABIM ada krisis keyakinan kepimpinan. Presiden yang ada mempunyai nilai ilmu yang terhad dan bukannya seorang cendikiawan. Susah nak tarik perhatian kelompok ulama’ dan pemikir. Razak bukannya tak bagus, tapi masih lagi main selamat. Tak mahu nak kecilkan hati banyak pihak. Sudahnya, jadi tak tentu hala. Kanan susah. Kiri susah. Payah nak ajak bincang.
WADAH – walaupun ramai pemikir, tapi niatnya hanya satu – Anwar Ibrahim. Islam pun boleh letak tepi kalau Anwar Ibrahim punya pasal.
PAS kena mulakan gerak NGO Islam yang lebih mantap. Perlu mula sekarang. Jangan tunggu bang….
Disember 24, 2011 at 12:55 am
Salam,
Apa yang berlaku di Indonesia tidak sama dengan Malaysia. Di sana mereka tidak meminta bantuan dari orang-orang bukan Islam untuk mencapai tujuan mereka yang murni. Mereka juga tidak membuat pakatan dengan KAFIR bagi menjatuhkan orang-orang yang seagama dengan mereka.
Berbeza dengan Malaysia. PAS sanggup membuat PAKATAN dengan siKAFIR bagi mencapai tujuan. Sanggup melupakan DASAR perjuangan yang asal. Demi menjaga hati PAKATAN, PAS sanggup melakukan apa saja. PAS sanggup membuat bermacam tuduhan dan membohongi penyokong nya.
Tuan sendiri tahu akan apa itu kebenaran. Tuan sendiri tahu sama ada pucuk pimpinan PAS berkata benar atau berbohong. Di dalam hati kecil tuan itu, tuan tahu semua nya itu.
PAS kini adalah parti DIKTATOR. Mementingkan diri sendiri. Mana2 pemimpin PAS yang tak sehaluan dengan pucuk pimpinan akan menerima akibatnya.
Kebelakangan ini. macam2 terjadi. Ini semua adalah ketetapan Illahi. ALLAH hendak menunjukkan kepada semua penyokong PAS akan keburukkan dan perjuangan PAS yang dah jauh terpesong dari landasan.
Pucuk pimpinan PAS akan menunding jari kepada musuh ketat mereka apabila sesuatu isu yang tidak menyenangkan berlaku. Biarpun isu2 itu adalah perbuatan mereka sendiri. Mereka dengan senang hati akan menyalahkan musuh ketat mereka. Ia itu UMNO. Segala-gala nya UMNO.UMNO jahat, UMNO rasuah, UMNO kafir. UMNO munafik. Sayang nya kebanyakkan penyokong2 PAS tidak mengunakan AKAL yang ALLAH beri. AKAL letak kat LUTUT. Mereka dengan mudah mempercayai apa ua kata2 dar pucuk pimpinan PAS. Sehinggakan ada pemimpin kanan PAS yang mengatakan DAP lebih ISLAM dari UMNO. Ini pun bulat2 di telan olih penyokong2 PAS.
ALLAH tidak merestui apa yang PAS lakukan. Itu sebab macam2 isu yang timbul kebelakangan ini.
Jadi, PAS kena kembali kepada jalan kebenaran. Berjuang kejalan ALLAH dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH akan memberikan bantuan. Itu janji ALLAH. ALLAH tidak memungkiri janji NYA. PAS kena lupakan rakan2 PAKATAN. Terutama musuh paling ketat ISLAM dan bangsa MELAYU. Ia itu DAP. Selagi PAS dalam PAKATAN, selagi itu PAS akan kehilangan lagi ramai penyokong.
Ingat lah. Orang-orang mukmin tidak boleh bekerjasama dengan KAFIRUN untuk menjatuhkan orang2 ISLAM yang lain. Semua ini ada di dalam AL-QURAN.
Lihat lah contoh yang ada di sekeliling kita. Apa jadi dengan negara2 ISLAM yang memohon kerjasama negara KAFIRUN untuk menewaskan musuh mereka yang juga seagama dengan mereka. Hingga kini negara mereka kucar kacir. Tidak aman2 juga. Ada sahaja kematian setiap hari.
Saya nak bertanya kepada tuan:
1 . Apa itu kebenaran?
2 . Apa pula pandangan tuan tentang kebenaran?
3 . Apa cara untuk menegakkan kebenaran?
Jawapan ada pada diri tuan, fikirkan lah…fikirkan lah.
Disember 27, 2011 at 2:58 pm
salam,
sy pernah beri komen yg lebih kurang sama dengan kutaiislam terhadap parti yg disayangi ini satu ketika dulu…tapi sygnya….tidak tersiar…. PAS kini jauh berbeza… ulama dlm parti ini kian membisu dan mengiyakan…kononnya demi survival politik…PAS kian hanyut dlm keindahan dan keselesaan yg mereka sendiri ciptakan… satu parti yg dulunya begitu tegas dan tegar memperjuangkan Islam kini kelihatan sebagai pak turut dlm politik mainan kafirun….bagaikan tiada lagi roh islam sepertimana parti2 di indonesia ini…syg….syg….
Disember 28, 2011 at 9:12 am
Sayonara PAS.