“Bagi saya kepimpinan yang ditujukkan oleh kepimpinan Nik Aziz memang tidak ada tandingan, malah sikap kesederhanaan yang ditunjukkan olehnya itu terlalu sukar untuk kita temui pada masa sekarang,” katanya dalam Wacana Sinar Harian, PRU13: Undi Siap Jadi Penentu di sini.

Menurutnya lagi, atas faktor itu juga Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Malah katanya, tokoh PAS itu masih mendapat sokongan majoriti rakyat negeri Kelantan yang diperintah beliau sudah lebih 20 tahun.

“Kita melihat beliau masih lagi disokong oleh seluruh rakyat di Kelantan dan ini tiada sebab untuk beliau tidak bertanding pada PRU13 nanti.

————————–

Ana malaslah nak komen kenyataan ahli akademik seperti Dr Hassan Hasbullah ini. Lantak dia lah nak kata apa pun. Tapi pada ana, pandangan seperti Prof ini tidak membantu PAS dalam jangka masa panjang.

Jujur. Kita perlu bercakap dan berfikir secara jujur. Apakah dengan umur 80 tahun TG Nik Aziz masih mampu memainkan peranan seperti 10 tahun yang lalu? Masih boleh? Apakah TG Nik Aziz masih mempunyai wibawa macam 10 tahun dahulu? Kita kena sedar, rakyat Kelantan semakin bijak. Bukan semakin bodoh. Rakyat Kelantan pun berhak mendapat kerajaan yang boleh memberikan mereka yang terbaik. Apakah rakyat Kelantan tidak mahukan muka baru?

Yang peliknya, kita ini pandai pulak demand kepada orang lain supaya buat perubahan. Kita tak payah berubah? Kita boleh kekal jadi pemimpin sampai maut menjemput? Begitu? Kita lupakah bagaimana kita hina/herdik/caci/hamun Mahathir sebab dia nak pegang jawatan sampai mati? Habis apa bezanya Mahathir dengan Nik Aziz?

Ana minta maaflah, ana cakap macam ini kerana kita sudah cakap tak serupa bikin. Cakap pasal perubahan. Tapi kita sendiri tak nak berubah. Sampai bila PAS Kelantan nak duduk bawah ketiak TG Nik Aziz? Sampai bila?

Pada ana, Kelantan punya ramai pemimpin berpotensi. Ramai. Jangan kita nak susahkan TG Nik Aziz lagi. Biar dia berehat dan menikmati kehidupan sebagai ulama’ biasa. Nasihat dia kita pakai. Tapi tak perlulah lagi sebagai MB. Ini pandangan peribadi ana.

PAS pun perlu tunjuk perubahan. Kita jangan jadi parti yang seronok menumpang syafaat politik TG Nik Aziz. Sudahlah tu. Masa untuk kita perkenal MB baru di Kelantan – sekaligus memberikan nafas baru kepada PAS.

Mungkin ramai yang marah ana. Tapi ana cakap ikhlas. Beri peluang muka baru. Husam. Nik Amar. Nik Abduh. Takiyuddin. Semua ini berpotensi. Masalah kita kalau sampai kiamat bergantung kepada orang sama.

PAS pun perlu REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Jom Ubah!