Ana mohon maaf, tapi ana hanya sampaikan pandangan rakan-rakan jemaah PAS di Terengganu yang semakin risau dengan prestasi PAS Terengganu pada ketika ini. Pada mereka, PAS Terengganu tak cukup umpphhh nak menumpaskan Mat Said. Walaupun umum mengetahui kononnya IQ Mat Said ini lemah dan tahap pemikiran Ketua Kampung sahaja, tapi kalau PAS tak bergerak dengan tangkas, silap-silap pudar harapan nak tewaskan UMNO di Terengganu.

Kelebihan PAS Terengganu adalah kepimpinan Mat Said yang diterima secara suam kuku oleh orang UMNO sendiri. Kalau ditanya orang UMNO sendiri, mereka pun macam tak yakin dengan kepimpinan Mat Said. Macam tak ada idea. Main langgar ajer. Cakap omputeh pun tunggang langgang. DUN dibuat macam mesyuarat kedai kopi.

Tapi masalah besar PAS adalah sikap Mat Said yang tak memilih bulu dalam membantu. Dia langgar sahaja. Tak kira orang PAS atau UMNO. Mat Said tak ada protokol. Dia boleh dibawa bincang waima di tepi jalan. Susah juga kita kalau MB jenis macam ini. Rakyat suka.

Masalahnya adalah kepimpinan PAS Terengganu sendiri. Nampak macam elitis sangat. Jangan la nak tunjuk pandai dan hebat. Tapi gerakan sifar dan kosong.

Balik-balik di dalam DUN orang yang sama bercakap. YB ramai. Tapi yang bercakap masih lagi orang sama.

Bila jadi macam ini, rakyat akan tanya, buat apa undi PAS, kalau masalah orang kampung pun kena jumpa dengan orang UMNO.

Ana sampaikan pesan kawan-kawan yang minta Haji Hadi jengah dan selesai isu PAS Terengganu. Jangan dibiarkan.

Dalam pada kita mengutuk Mat Said MB Ketua Kampung – dia sibuk jumpa rakyat, bagi peruntukan, selesai masalah penduduk, tidak ada skandal kewangan yang besar, imej kampung ini yang bagi masalah kepada orang PAS di Terengganu.

Advertisements