Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan |
Muhammad Faizal

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

“Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

“Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon,” jelasnya.

===================

Ana nak ingatkan TG Haji Hadi, memang pun kenyataan dibuat oleh PAS Selangor. Bukan mainan Utusan. Ana tahulah, ana ada disitu sewaktu kenyataan dibuat. Memang tegas. Saari Sungib dengan nyata menyatakan memang ramai yang gugur. Termasuklah Hasan Ali.

Ana tak nampak keperluan nak salahkan Utusan. TG perlu marah dan bersikap tegas dengan kepimpinan PAS Selangor yang hanyut dengan keseronokan dan keghairahan menjadi orang penting di Selangor. Usahasama, Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dan Saari Sungib menjadi kingmaker di Selangor. Kalangan calon yang tak dapat restu daripada ketiga-tiga orang penting ini akan kempunan. Ini cerita dalaman PAS. Tak usah nak nafikan. Ana tahu. Ramai blogger PAS yang tahu.

Apa yang dilakukan oleh Saari dan Khalid Samad ini memang bahaya. Pesuruhjaya PAS Selangor ini main ikut-ikut sahaja. Yang susun orang lain.

Ana nak ingatkan PAS Selangor jangan nak seronok sangat. Jangan. Nanti kecewa.

Ini bukan fitnah. Memang PAS Selangor nak ‘mandikan’ Hasan Ali. Lepas mandi bolehlah Hasan Ali ‘dikebumi’ dalam politik PAS Selangor.