Ana peliklah dengan sikap kepimpinan PAS Selangor yang suka sangat nak mengheret isu secara berpanjangan. Mana yang boleh settle, settlekanlah. Buat apa nak tangguh tangguh. Jangan ego sangat.

Ana nak sampaikan pesan ahli di peringkat bawah, Hasan Ali ini bukan kecil anak. Di kalangan ahli PAS pun masih ramai yang sayangkan dia. Mungkin tak adalah sampai tahap Nik Aziz dan Haji Hadi, tapi sokongan tetap ada. Pada ahli-ahli kita di bawah, apalah sangat yang nak dibunuh politik Hasan Ali sampai macam itu. Bawa bertenang. Kita nak susun kemenangan di Selangor, bukan kekalahan. Ingat tu.

Ana hanya sampaikan pandangan. Pada mereka, Hasan Ali ini isu yang sangat penting perlu diambil kira di Selangor. Bagaimana PAS menjaga hati Hasan Ali, akan memberikan gambaran bagaimana PAS menyantuni kelompok profesional dan ulama’. Jangan hina orang sampai dia tak boleh angkat muka. Apa masalah Khalid Samad sampai nak buang Hasan Ali daripada PAS Selangor. Jangan emosional.

Pada ana, bukan soal Hasan Ali rapat dengan UMNO atau tidak. Kalau UMNO yang lebih menghormati dia – apakah kita masih mahu salahkan Hasan Ali? Beliau pun manusia biasa.

Rasa keyakinan PAS Selangor bahawa kita dapat pertahan kerusi PAS dengan cemerlang ini tidak akan membantu parti. Takut kita rasa selesa dan mula tak buat kerja. Apakah PAS Selangor puas hati dengan prestasi semua YB PAS di Selangor? Orang bercerita tentang kemampuan dan kewibawaan wakil rakyat PKR dan DAP ada. PAS…kurang kita dengar.

Kalau YB PAS tak perform, jadi masalah juga kepada parti.

Kita selesaikan lah isu Hasan Ali dengan elok dan ada adab. Anggap dia sebagai jemaah PAS. Selesai isu cara musyawarah. Bukan cari gaduh.

Advertisements