Ramai juga di kalangan rakan-rakan PAS yang meminta ana menyampaikan pandangan siapa yang paling layak menggantikan Allahyarhamah Lo’ Lo’ di Titiwangsa. Memang sebelum ini ana ada mencadangkan agar Timbalan Presiden kita untuk menjadi calon PAS di Titiwangsa. Nampaknya, berdasarkan pemberitahuan rakan-rakan di kepimpinan, PAS tidak boleh nak pastikan usaha itu. Sebabnya, Timbalan Presiden mesti bertanding di kawasan yang selamat. Kawasan pasti menang. Walaupun ana tak berapa setuju, ana terima sahajalah pandangan tersebut.

Tapi, setelah berjumpa dengan sekumpulan anak muda PAS daripada UIA petang kelmarin; ana setuju dengan pandangan mereka. Anak-anak muda PAS ini sangat yakin, wajah dan jiwa perjuangan Almarhum Fadzil Noor sudah wajar ditonjolkan semua di dalam PAS.

Mereka amat teruja, sekiranya PAS Pusat dapat mengenengahkan calon baru – Muna Izzah Fadzil yang dirasakan boleh meneruskan perjuangan Lo’ Lo’ di dalam Parlimen. Ana perhatikan, sikap dan cadangan mereka ikhlas. Pada mereka, Muna Izzah ada kemampuan untuk masuk di dalam arus politik perdana.

Ana setuju juga. Muna Izzah memang cantik, bijak, cekap dalam media baru, berjiwa pejuang, berpendidikan tinggi, berkemampuan, mempunyai network yang bagus di kalangan wanita muda Melayu. Muna juga appeal kepada penyokong berbangsa lain. Ini yang bagus.

Kita harapkan PAS dapat terbuka dan menerima kemungkinan Muna Izzah untuk bertanding di Titiwangsa. Kawasan dalam bandar. Urban seat.

Kalau PAS buat keputusan yang baik ini, ana yakin Muna akan dapat menang dengan cemerlang di Titiwangsa. Lawan dengan bertempayan duit dari UMNO Titiwangsa pun kita mampu menang, insya’Allah.

UMNO masih kuat nak letak Johari Ghani di Titiwangsa. Duit memang banyak; tapi nilai perjuangan zero.

Advertisements