Ana pun tak tahulah apa yang Zambry  marah sangat dengan istilah ‘hitam metalik’. Gurau politik macam itu pun tak boleh? Aduhai…baik resign dan duduk di Pangkor sahajalah. Konon macam naif sangat sampai tak boleh kena sindir.

Jujur ana cakap, ana tak rasa Nga Kor Ming patut minta maaf. Tak perlu. Apa yang nak dimaafkan. Politik biasalah. Kalau Zambry tak tahan dia tak payah masuk politik. Apa orang UMNO sudah tipis sangat telinganya. Rasa nak muntah bila Zambry berlagak baik.

Kita kena sama-sama tahu, minggu ini minggu Perhimpunan Agung. Zambry perlukan sedikit ruang untuk dapat nama. Khabarnya, dia nak tanding di Parlimen dan jawatan Menteri Pelajaran sudah disiap untuk diberikan oleh Najib kepada Zambry. Itulah sebabnya, Zambry beria sangat nakkan publisiti murah.

Ana nak ingatkan Mamu Zambry – mana lebih hina antara hitam metalik dan ulama’ terompah? Mana? Cuba cakap!

Pernah UMNO minta maaf kepada PAS? Pernah UMNO minta maaf kepada Nik Aziz? Pernah UMNO minta maaf kepada Haji Hadi?

Nampaknya, DAP jauh lebih sopan daripada UMNO. Jelas.

Sebab itu ana katakan, ini sebagai sebahagian daripada politik. Jangan lah melampau-lampau sangat sensitifnya.

Pada ana, istilah Ulama’ Terompah ini dosa besar UMNO kepada PAS. Dosa besar. Ana minta UMNO minta maaf sekarang kepada pimpinan PAS.

Advertisements