Ana tengok juga TV malam semalam. Dalam tak suka tengok TV Kerajaan – ana paksa diri untuk tengok. Nak juga perhati dan faham apa agaknya benda-benda baru yang bakal dinyatakan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia, kalau ada apa-apa yang terjadi kepada Najib. Muhyiddin nampak gemuk gedempol dengan baju merah. Memang tak segak. Kalau digabung dengan Tengku Adnan dan Zahid Hamidi – memang layak dianggap macam kongres parti SUMO Jepun. Saje ana bergurau.

Memang nampak elemen kurang ajar, tidak sensitif dan melampau yang ditunjukkan oleh seorang anak Guru Agama yang dihormati di Muar ini. Memang ternampak jelas macam Muhyiddin membenci PAS sehingga ke tulang hitam. Apa salah PAS kepada Muhyiddin pun kita susah nak tau dan agak. PAS tak pernah ganggu hidup Muhyiddin. PAS Johor tak pernah kutuk Muhyiddin. PAS Muar tak pernah gagal berkunjung ke rumah terbuka Muhyiddin. PAS Pagoh tak pernah gagal menyapa dan bertanya khabar dengan orang-orang Muhyiddin di Jorak, Panchor, Lenga dan Pagoh. Apa masalah mat gedempol Muhyiddin Yassin ini?

Ana saring beberapa perenggan yang Muhyiddin bantai kita:-

​19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

20.​ Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21.​Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22.​Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

24.​Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25.​Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Hampir 8 perenggan mat udin bantai kita. 8 perenggan.

Kita penatlah dengan tuduhan BODOH kononnya PAS adalah kuda DAP. Ini semua omongan kosong. Bohong. Tak berlaku. Ana tahulah, sebab ana selalu dengan kepimpinan di Pusat. Mereka semua tegas dengan Islam. Tak berganjak. Tak ada asas langsung tuduhan mat gedempol ini.

Tapi dalam masa yang sama, ana minta kalangan kepimpinan kaji ucapan Muhyiddin secara mendalam. Kena juga perhati – takut2 ada kelemahan kita yang kita sendiri tidak nampak. Apakah benar kata mat itu bahawa kita sudah berganjak daripada Islam? Pada ana, TIDAK. Tapi tak tahulah kalau kepimpinan kata YA. Kita kena ulas dan jawab tuduhan ini. Jangan biar orang Melayu tertipu dengan nyanyian Udin Gedempol ini.

Ana nak baling telur busuk kat Bangunan Pekembar di Pagoh. Siap!!!

Advertisements