Ana pun hairan apabila ada pihak yang tak bersetuju dengan gesaan Tuan Ibrahim untuk tutup Genting jika PAS memerintah Pahang. Apa masalahnya? Kalau yang bersuara itu Cina ana boleh terima. Tapi kalau Melayu UMNO sendiri pun nak pertahan Genting – ana rasa ini sudah silap besar.

Apa gila orang Melayu ini sampai sanggup pertahan Genting dan institusi judi. Pelik ana. Apa dia orang ini sudah kemaruk nak berkawan dengan Setan? Apa dia orang ini sudah jadi taik judi sampai tak boleh nak hilangkan Genting daripada pandangan?

Ana memang tak pernah jejak Genting. Tak pernah teringin pun. Pada ana, Genting ini tempat jin dan setan bertendang. Kalau kita sibuk nak pergi Genting – kita suka berkawan dengan setan lag tu. Ana tak tahulah kenapa orang Melayu sentimental sangat dengan Genting. Pusat judi nak pertahan, Kita pun tak tahu berapa ratus ribu bayi luar nikah yang dibuat di Genting. Mana ada usaha nak letak pegawai agama di Genting. Semua bebas. Seks pun bebas.

Sebab itu ana rasa, usaha nak tutup Genting ni memang boleh dapatkan kita undi Melayu. Undi orang FELDA.

Ini semua strategi politik. Kita ugut nak tutup Genting – orang Melayu baru buka mata dengan nilai Islam kita. Ini yang kita mahu. Baru mereka sedar bahawa PAS tak pernah nak buang niat Negara Islam. Negara berkebajikan itu taktik. Negara Islam itu niat utama. Jangan silap.

Kita mulakan dengan Genting – lepas itu kita cadangkan kepada Kerajaan (waktu itu kita perintah); semua Star Cruises pun kita arah tutup. Ini semua pusat judi juga. Judi atas air.

Pada ana, PAS tak boleh kompromi bab ini. Kita kena suarakan sampai ke atas. Jangan takut dengan ugutan undi. Kita mesti fokus kepada nilai Islam kita.

“Barangkali Soi Lek tidak faham bahawa judi boleh merosakkan institusi keluarga dan kemasyarakatan dan apabila rosak dua institusi ini ia ancaman kepada negara. Keluarga boleh berpecah belah akibat bahana judi sehingga berlaku perceraian. Dalam masyarakat pula judi boleh membawa pergaduhan, pembunuhan dan suburnya industri Ah Long.

“Apa yang untungnya rakyat dengan judi ini sebab yang untung hanya tauke judi, jadi itu bukanlah kemajuan namanya. Sebab itu negara yang maju seperti Singapura dan Indonesia tidak membenarkan kasino berlesen,” katanya dalam sidang medianya semalam.

Ana puji Dewan Pemuda PAS Pahang yang cepat buat kenyataan. Ini baru jihad der…