Menurut seorang rakan ana yang bekerja di Bukit Aman, tangkapan ISA yang dilakukan di Sabah baru-baru ini memang terlibat dengan satu gerakan yang dipanggil sebagai Daulah Islamiah Nusantara (DIN). Niat mereka sebenarnya bagus. Nak satukan Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina di bawah satu payung gerakan Islam yang berstatus nusantara. Pada ana, ini adalah niat yang sangat murni. Boleh agaknya kita angkat semula sistem khilafah di rantau ini. Kalau jadilah.

Tapi yang menjadi sedikit ngeri, apabila rakan ana turut memaklumkan bahawa mereka ini (DIN) sanggup guna strategi yang melampau dalam merampas kerajaan. Mereka ini tidak percaya dengan jalan politik. Lambat. Tak merasa kita berada di bawah lembayung politik sahaja. Kena ada gerakan yang lebih ganas dan bersedia menjatuhkan kerajaan.

Ana tak nak ulas bab ini. Pada ana, apa yang PAS lakukan di Malaysia adalah contoh bahawa jalan politik adalah wadah yang paling baik dan berkesan. Kita tengok Kelantan. Kita perhati Kedah. Sinar Islam berlaku dengan sangat positif dan tidak perlu dipaksa-paksa. Ini yang kita mahu.

DIN ini memang ada potensi. Tetapi elok kalau penyatuan ini dilakukan secara politik. PAS di Malaysia. Nahdatul Ulama’ di Indonesia. Moro di Filipina. Melayu Singapura. Gunakan jalan politik daripada jalan keganasan. Ini pada ana lebih molek.

Bayangkan kalau Asia Tenggara hanya ada satu parti Islam – Nahdatul Ulama’ (Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Selatan Thailand). Ana rasa teknik ini lebih molek.

Keganasan dan menggunakan gerakan teroris ini boleh menyebabkan rakyat takut. Mereka yang bukan Islam perlu didekati dengan amalan dan dakwah. Bukan dengan kekerasan.

Ana tengok memang kerjasama kita dengan parti Islam nusantara nampak lemah dan tidak bermaya. Kita kena belajar banyak daripada NU di Indonesia. Lebih banyak program bersama dengan mereka pun bagus untuk PAS. Kita lebih banyak tumpu ke Negara arab. Nusantara kita lupakan.