Ramai ahli kita, ahli PAS, yang memang bencikan Mahathir di tahap yang tertinggi. Kalau berborak dengan Ustaz Musa Kubang Pasu, sebut sahaja nama Mahathir – dia akan meludah sekali ke tanah. Phuiiii….katanya kuat. Ana pun tak tahu apa pasal Ustaz Musa benci sangat pada Mahathir.

Pada ana lah, Mahathir ini watak sambilan sahaja dalam UMNO. Siapa dalam UMNO yang nak dengar cakap orang tak berjawatan macam Mahathir ni? Tak ada sebenarnya. Mahathir pun tak perasan, bak kata Ku Li, UMNO sudah tidak mahu dengar dengan pandangan orang lain. Yang penting hanyalah pemimpin yang ada. Najib. Muhyiddin. Hisham. Zahid. Sudah. Yang lain memang tak ada kesan pun sebenarnya.

Sebab itu ana tak terperanjat langsung dengan kenyataan Mahathir dalam Mingguan Malaysia. Pada ana, ini semua tidak akan ada kesan dengan orang UMNO. Pada orang UMNO, yang bercakap mesti ada jawatan. Kalau tak ada jawatan, elok diam dan buat bodoh. Kalau bercakap lagi buat orang gelak.

Tapi, secara politik, ana masih lagi anggap kita jangan nak main-main dengan pandangan Mahathir. Walaupun ana bukan satu kapal politik dengan Mahathir, tapi ana tahu pemikiran politik dia memang ke depan.

Baguslah kalau orang UMNO tak respek kepada Mahathir – tapi kalau orang UMNO sudah mula dengar cakap Mahathir; masalah kita nanti.

Kita kena terima kasih kepada Pak Lah kerana sudah dengan sendirinya buat orang UMNO benci Mahathir. Bila Mahathir kritik Pak Lah, orang UMNO yang sayang kepada Pak Lah mula marah kepada Mahathir. UMNO pecah lagi.

Untuk kepentingan PAS, ana harap sangat orang UMNO terus benci Mahathir. Ini elok untuk kita. Bila UMNO tidak dengar Mahathir – ini bermakna kita akan dapat melihat UMNO yang senang berpuas hati dan duduk diam. Mereka tak kerja sungguh-sungguh.Yang mereka buat adalah bodek pemimpin. Ini karakter UMNO yang sangat sinonim.

Kita biarkan UMNO dengan kononnya strategi baru. MyVoice lah. Pahlawan siber lah. BN pilihan orang muda lah. Ini semua nyanyian kosong sahaja. Impak? Tak ada. Jangan kita risau.