Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab membebaskan segera 11 tahanan terbaru dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan, tangkapan terbaru itu sangat bertentengan dengan aspirasi Najib yang sebelum ini mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan akta draconian itu kerana tidak lagi relevan untuk digunakan.

“Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan membebaskan segera tahanan tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

“Ini jelas, kerajaan tak pernah serius untuk memansuhkan akta ini. Sepatunya tak perlu lagi tangkapan selepas pengumuman (pemansuhan) dibuat,” tambahnya kecewa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sekumpulan lelaki di Sabah yang ditahan dibawah ISA pada 14 November lalu kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

Difahamkan sekurang-kurangnya 10 atau 11 orang ditahan termasuk juga warga Filipina dan Indonesia.

Semua mereka ditahan mengikut di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Dewan Pemuda PAS secara konsisten menentang ISA atas sifatnya yang zalim kerana membenarkan tahanan tanpa bicara.

====

Pada analah, elok kalau kita biarkan Polis siasat dahulu kes ini. Jangan cepat melompat. Biarkan siasatan dibuat secara menyeluruh.

Bukan soal mereka ahli kita atau tidak, tetapi kalau Ustaz Ketua Pemuda pernah pergi ke Sabah; memang situasi sangat panas dan berbahang. Dalam pada kita, PAS, bercakap soal menukar kerajaan dengan undi – mereka di sana memang sanggup buat apa sahaja. Bercampur-campur kesungguhan mereka nak menjahanamkan kerajaan. Ana jadi takut.

Ana ingat lagi, dalam satu pertemuan dengan ahli PAS di Sabah, seorang ahli kita bangun dan mula menunjukkan parang yang memang sentiasa di bawa di belakang baju. Dia kata, dia sanggup tebas siapa sahaja yang menganggu pemimpin PAS. Dia juga cakap, orang Islam di Mindanao, Malaysia, Borneo dan Indonesia mesti merusuh dan merampas kerajaan yang ada dari kelompok sekular dan bencikan agama.

Ana dan pemimpin PAS yang hadir waktu itu urut dada. Minta dia duduk dan tenang. Bukan ini yang kita nak latih ahli kita di Sabah. Confirm orang tak undi kita nanti.

Kita jangan tipu diri sendiri, pemimpin kita sendiri pun risau dengan ‘pengaruh’ Syiah dan kelompok militan ini. Bila di bawa ke Majlis Fatwa – mereka diam dan tak mahu buat sebarang keputusan. Kita takut hilang undi.

Pada ana, kita jangan cepat melompat dan marah-marah. Kaji dulu sebab musababnya. Takut kita termalu pula nanti.

Advertisements