Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.

Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.

=====

Ana puji Bung Mokhtar dalam isu ini. Rupa-rupanya ada lagi pemimpin UMNO yang mempunyai bebola. Inilah baru dinamakan sebagai pemimpin. Berani bercakap benar. Ana bukan apa, kalau ada 100 orang lagi yang berani macam Bung dalam UMNO dan kerajaan – PAS akan berdepan dengan masalah.

Bung Mokhtar ini ana sifatkan sebagai spesis yang semakin terhakis di dalam UMNO. Dah tak ramai.

Ana rasa Shahrizat (atau Kak Ijat) di kalangan orang Lembah Pantai ini memang patut letak jawatan. Kalau tidak rosak undi.

Memanglah ana suka kalau Kak Ijat kekal. Memang bagus untuk Pakatan Rakyat. Tapi pada ana, ini soal prinsiplah. Ana tak boleh terima isu lembu naik condo ni. Bukan soal parti. Ana memang minat kepada Kak Ijat. Anak dia lagilah. Tapi ini sudah busuk sangat buruknya.

Buat Kak Ijat….Selamat Jalan….ana ucapkan tahniah kerana terus berjaya kayakan anak beranak. Tahniah.

* ana sertakan gambar design bilik maid di apartment Kak Ijat. syarikat kawan ana yang design. dia kata peruntukan bilik maid sahaja dekat-dekat RM700k. bilik maid! belum bilik lembu lagi…aduhai Kak Ijat…

Advertisements