Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah “haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga.” Inilah cita- cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam.

Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik.

“PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang  bakal dihayati oleh PM dan isteri selepas mendapat haji mabrur dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini.

—–

Murni sungguh hati pemimpin kita. Siap mendoakan lagi agar PM dan Isteri mendapat Haji yang mabrur. Insaf dan meneruskan amanah dengan lebih bertanggungjawab selepas daripada ini. Jangan banyak sangat makan duit rakyat.

Ini adab parti Islam. Kita tidak memperkecilkan ibadah PM dan Isteri. Yang bantai pasal pengawal dan sebagainya ini blogger PKR. Mereka memang tak ada adab. Blogger PAS macam ana dan kawan-kawan lain, kami dilatih oleh Tuan Ibrahim supaya lebih beradab dan bertamadun.

Kita sama-sama doakan. Biar haji yang mabrur. Kalau mabrur mesti ada perubahan. Yang rasuah dan lemah, PM mesti pecat dan ganti. Yang buat bisnes demi kepentingan diri juga PM kena pecat. Yang buat macam-macam malapetaka pun PM kena pecat. Baru nampak ada nilai mabrur.

Kalau kekal sama…tak mabrur la tu. Marlboro.