Ana naik kesian pun ada dengan level argument pelajar UPSI yang ada di institusi tersebut sekarang. Sudahlah nilai akademik pun tak berapa nak bagus. Akhlak pun ke parit juga. Bukan main lagi marah dengan ana apabila cakap mereka ini manja dan melampau-lampau.

Ana cakap apa yang kawan-kawan ana rasa ‘dalam masyarakat’. Bukan pasal dia orang yang seronok-seronok dalam kampus; buat hal sendiri. Tak tahu jadi bahan mainan politik BN pada setiap masa. Rakan-rakan ana pun setuju; graduan UPSI ini tua pada umur sahaja – tetapi tak matang. Mengamuk tak tentu hala.

Ana baca satu persatu respon yang mereka berikan. Kebanyakan pendapat, sudah namanya pun universiti PENDIDIKAN – maka merekalah yang layak diberikan keutamaan. Apa masalah korang ni? Apa graduan universiti lain tak layak nak mengajar? Ini bukan soal keutamaan atau tidak. Anda yang mendaftar di universiti tersebut patut tahulah kedudukan antum semua. Kalau semua WAJB diambil oleh Kementerian; banyak senang korang punya nasib? Itu sahaja argument ana pun. Itu pun tak boleh nak faham.

Tak payah main ugut-ugut politik lah para graduan UPSI yang ‘kureng’. Ana tak takut pun. Minta maaf cakap, kalau di kawasan ana, undi cikgu kita sudah tolak siap-siap. Memang tak boleh pakai. Kerajaan bagi bonus sikit mulalah nak tukar bendera. Bagi penambahan gaji sedikit, mulalah nak tukar bai’ah. Memang tak ada pendirian. Undi pelajar UPSI? Lagilah kami tak hairan. Enta semua pergi lah buat protes 600 kali di hadapan Menteri pun; dia x mampu nak janji antum semua boleh dijadikan guru. Belum tentu grad UPSI – anda semua jadi guru yang bagus pun. Belum tentu.

Itu belum kawan-kawan ana yang cerita bersepahnya kes maksiat di kalangan pelajar UPSI. Bersepah menyewa bilik hotel di sekitar negeri Perak. Ana malas nak sentuh. Kalau PERAK di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat lagi, ana memang akan cadang pencegah maksiat tumpu di kawasan berhampiran UPSI. Rosak akhlak. Ana tak kata semua. Tapi ramailah.

MATLAMAT UPSI

Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri – memiliki ciri-ciri berikut :

  • Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia ;
  • Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama dan celik global.

Matlamat terakhir UPSI adalah emnjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.

Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN, KEILMUAN, KEBUDIDAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN, KEMASYARAKATANdan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.

——

kalau ikut pada matlamat….JAUH LAGI lah nampaknya perjalanan UPSI ini…ana jatuh simpati….

Matlamat kedua tu…kalau ana nak terjemahkan…lebih kurang membawa makna keperluan graduan UPSI menjadi cadre UMNO buat seumur hidup….

* ana cadang…kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia….kaji semulalah kewujudan UPSI ini. elok kita perkasakan institusi pendidikan Pakatan Rakyat yang lain. membazir duit rakyat.

Advertisements