Sementara itu rombongan The Red Warriors pula diketuai oleh Pengurus Pasukan yang juga Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO ketika menyampaikan ucapan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perjalanan pasukan The Red Warriors.

Walaupun tahun ini gagal ke final Piala Malaysia, namun kejayaan memiliki dua piala iaitu Piala Presiden dan Piala Liga Super sudah cukup memberangsangkan.

“Saya berharap pemain yang menerima sumbangan ini menjadikannya sebagai perangsang untuk meneruskan perjuangan dalam musim akan datang”ujar beliau.

Abdul Fattah juga berkata sebelum ini kerajaan hanya bercadang untuk memberi RM60 ribu tetapi di atas keperihatinan Menteri Besar Tuan Guru , peruntukkan tersebut ditambah menjadi RM84 ribu dan sumbangan peribadi sebanyak RM1 ribu dari Tuan Guru disumbangkan kepada tabung kebajikan pemain.

Sementara itu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya menyertai sukan atau dikenali sebagai Riadah.

“ Dalam Islam, kita boleh lakukan apa sahaja namun ia ada batas-batas tersendiri dan dalam bersukan juga ada batasannya,oleh itu saya berharap pemain The Red Warriors ini sentiasa mematuhi kehendak agama agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok”ujar beliau.

Nik Aziz juga mengimbau kembali yang beliau pernah bermain bolasepak di zaman era penjajahan Jepun lagi dan sehingga kini kenangan tersebut masih segar.

———————————————————————–

Ana ucap tahniah kepada TG Nik Aziz kerana amat mengambil berat dengan keperluan pasukan bolasepak Kelantan. Walaupun ana tak minat sangat dengan bolasepak, tapi ana memang minat gaya permainan gedebe pasukan Kelantan. Mereka memang bersungguh dalam bermain. Mereka menganggap bolasepak sebagai sesuatu yang sangat rapat dengan kehidupan mereka.

Pemberian wang dalam jumlah yang besar kepada pasukan bolasepak ini memang perlu. Kita jangan lupa, UMNO nak letak Annuar Musa sebab dia punya pengikut di kalangan budak/peminat bolasepak. Dengan harapan, mereka akan menyokong BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Kerajaan Negeri Kelantan kena nampak rapat sikit dengan game orang muda ini. Jangan tinggal jauh sangat. Sebab itu ana anggap tindakan TG ini tepat dan betul. Strategi mendekatkan diri dengan bolasepak ini memang kena dengan masanya.

Dalam masa yang sama, kita juga minta MB kita selesaikan juga isu-isu air di sekolah-sekolah seluruh Kelantan. Teruk kita kena bantai dalam TV3. Macam masalah air di Kelantan teruk sangat di bawah pimpinan PAS. Persepsi ini mesti diperbetulkan.

Advertisements