Bab seks ni ana malas nak cakap panjang lah. Susah. Tapi apa nak buat, orang ramai dah mula suarakan bantahan mengenai kerja buat kumpulan Seksualiti Merdeka ni. Apa yang dirancang? Apa yang nak dibuat? Lebih menarik lagi sebab ada watak Datuk Ambiga kita dalam AJK program tersebut. Ambiga ni pada ana memang bijak bab cari kekuatan politik. Tahu sahaja kumpulan-kumpulan yang boleh ditarik demi kepentingan politik Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Penglibatan Ambiga sebagai perasmi sahaja. Tak lebih daripada itu. Perasmi. Tak salah rasanya kan. Lagipun sebagai bekas pejuang Bar Council – ini memang sudah lama menjadi mainan politik Ambiga. Bukan baru.

Pemuda PAS sudah buat kenyataan yang keras semalam. Ok lah. Orang muda kena respon awal. Dia pun tak berapa nak dengar nasihat orang tua. Ikut pemikiran dan tindakan sendiri.

Pada ana, memang PAS tak perlu terlibat dalam Seksualiti Merdeka ini. Tapi apa peranan dakwah kita agaknya ya? Biarkan sahaja? Tak perlu dekat dengan orang yang membawa niat kemerdekaan seksualiti. Ana serah kepada pimpinan lah untuk buat keputusan.

Antara kumpulan yang menyokong Seksualiti Merdeka:-

Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women’s Aid Organisation
Women’s Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV

Memang ramai juga kumpulan yang menyokong Seksualiti Merdeka ini. Banyak undi ni wehh….