Ana minta maaf cakaplah, memang ana sangat tertarik dengan kemenangan Nahda di Tunisia. Tidak lain tidak bukan, peranan pemimpin yang moderat, yang liberal, yang sangat pragmatik seperti Rashid al-Ghannushi penting dalam memastikan sebuah parti Islam mendapat tempat di hati rakyat. Kita jangan bohong dengan diri sendiri. Dalam suasana politik di Malaysia – pemikiran Islam yang terlalu Wahabist dan Talibanist tidak akan menarik perhatian rakyat. Ambil iktibar perjuangan Rashid al-Ghannushi.

Sebab itu ana selalu katakan, pendekatan politik PAS kena berubah. Tak boleh nak serius sangat bab Islam. Bab nakkan hudud. Bab nakkan pemerintahan khalifah. Perjuangan Rashid membuktikan bahawa pendekatan moderat dan sederhana menjadi jalan yang sangat menarik pengundi. Nah…buktinya di Tunisia.

Sayang, bila bab Elton John nak datang menyanyi – menggelabah pemuda PAS buat bantahan. Apa dah tak ada isu lain ke? Lantaklah dia itu gay atau apapun. Soalnya, rakyat nak tengok dia beraksi di pentas muzik. Bukannya di ranjang. Pendekatan pemuda PAS ini sudah ketinggalan zaman. Ana memang berdoa agar kita dapat pemimpin muda PAS yang lebih dinamik. Tak macam ustaz Taliban sorang ni.

Pemuda PAS kena banyak membaca. Baca perjuangan Rashis al-Ghannushi. Faham pendekatan politik. Jangan nak main hentam keromo sahaja. Ini politik bang.

PAS kena ada orang macam Rashid al-Ghanusshi. Kena ada. Ana nampak elemen sama dalam diri Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Mujahid Yusof Rawa. Tapi kedua-duanya sudah menjadi diam sikit. Nasha lagi teruk – dah terlalu baik dengan orang UMNO. Selalu jumpa di lobi hotel. Mujahid sudah senyap.

In discussions of plurality within Islamic societies, Rashid Al-Ghannushi believes that non-Muslim citizens should not be barred from positions in government, setting himself against more conservative viewpoints.[8]

On 22 January 2011, in an interview with Al Jazeera TV, Rashid Al-Ghannushi confirmed that he is against an Islamic Caliphate, and supports democracy instead, unlike Hizb ut-Tahrir. In the interview, Al-Ghannushi accused Hizb ut-Tahrir of exporting a distorted understanding of Islam.[9] For expressing moderate views, Rachid Ghanouchi is banned from entering Iran and Saudi Arabia.[10]

In a May 2011 interview, Al-Ghannushi said that the Palestinian problem lies at the heart of the Nation [umma], and that all the land between the mosque in Mecca and Jerusalem represents the heart of the Islamic Nation. He said that any [foreign] control over part of this heart is a stamp on the umma’s illness and predicted that Israel will soon come to an end.[11]

In the aftermath of the 2011 Tunisian election, Al-Ghannushi reached out to the Jews of Tunisia, sending them delegations and gifts to Jewish nursing homes.[12]
Kita kena belajar macamana Rashid menarik perhatian pengundi Yahudi di Tunisia. Bagaimana dia menolak pemerintahan Khalifah. Bagaimana dia mempunyai sikap yang sangat positif terhadap memberi jawatan kepada bukan Islam.

Ana cadang kepimpinan buat lawatan segera ke Tunisia. Belajar daripada Rashid al-Ghanusshi.