Alhamdulillah, ana tumpang gembira apabila perhimpunan yang dikata-katakan menjadi rekod himpunan teramai dalam sejarah Malaysia – gagal segagal gagalnya. Menarik kalau kita analisakan. Perhimpunan yang patut menjadi tempat kita MENYELAMATKAN AKIDAH – sudah menjadi perhimpunan MENYELAMATKAN MUKA sahaja. Nak tergelak pun ada.

Ana nak ucap tahniah kepada YB Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Ketua Pemuda PAS yang membuat keputusan politik yang tepat untuk tidak menghadirkan diri. Fikir politiklah. Semua orang tahu isu murtad ini jadi alat umno sahaja. Macamlah mereka itu semua pejuang agama semuanya.

Ustaz Nasa dan Ketua Pemuda mempunyai jangka hayat politik yang masih panjang dalam PAS. Jangan gadaikan masa depan dengan satu-dua isu yang bersifat remeh macam ini. Hasan Ali itu memang darahnya UMNO. Memang anak beranak taik UMNO. Bukan setia dengan PAS pun. Kita tahulah. Kalau tidak kerana UMNO, dah lama Akrab Academy itu bungkus. Bukan kita tak tahu bahawa UMNO banyak bantu Akrab Academy. Ini semua kes hutang budi, tergadai body.

Ketiadaan PAS dalam HIMPUN membuktikan undi Melayu masih dengan kita. Sementara itu, imej kita yang tidak anti-Kristian juga terjaga dengan elok. Kalangan pimpinan kita boleh terus mendekati gereja dalam menyampaikan dakwah bil hal. Ini hebatnya kita.

Ana diberitahu Noh Omar semalam pucat lesi bila dapat tahu hanya 3k orang hadir di Shah Alam. Nak menang Selangor macamana? Nak tawan Shah Alam semula macamana? Nak letak winnable candidate macamana lepas ini?

PAS buat keputusan tepat tidak hadir di HIMPUN. Keputusan tepat.

Buat konsert pun orang tak datang. Kesiannnnnnnnn….

Antara syarikat utama yang taja HIMPUN semalam adalah Protasco Berhad. Siapa belakang PROTASCO? Enta carilah sendiri…