Ana menerima sms untuk menghadirkan diri di perhimpunan HIMPUN. Pelik kerana nombor ini adalah nombor sahabat lama – PAS Kedah. Ana sms semula dan bertanya, apakah ini keputusan yang diambil pimpinan parti? Apa jadi dengan patuh dan setia kepada pemimpin? Apa jadi dengan keperluan kita menurut cakap pemimpin?

Rakan ana sms semula: ‘kalau pemimpin tidak dahulukan Islam…enta masih nak bersama’?

Ana sms rakan baik ana: ‘tiada bukti pemimpin tolak Islam. HIMPUN bukan agenda Islam. HIMPUN agenda nak naikkan Ezam dan Yusri Mohamad di Selangor. Masih tak nampak?’

Masih ada ramai rakan-rakan kita dalam PAS yang masih mahu bersama dengan HIMPUN. Pada ana, lantaklah. Kalau itu jalan yang mereka pilih untuk KHIANAT kepada perjuangan parti. Ana nak apakan. Jalan masing-masing. Tapi ana kecewa.

Ana kecewa sebab pengikut PAS sudah tidak macam dulu. Setia kepada pemimpin dalam apa juga keadaan. Menurut arahan parti dalam apa sahaja situasi. Sekarang PAS sudah terikut-ikut dengan budaya politik songsang. Budaya politik mengikut kepentingan diri.

Ana tahu – akan ada dua atau tiga orang watak pemimpin dalam PAS yang akan menyertai HIMPUN di atas kapasiti peribadi. Pelik, mereka ini yang bertanding dalam keadaan demokratik – akhirnya tunduk kepada desakan pihak tertentu untuk bekerja demi kepentingan UMNO. Mereka ini penting diri. Mereka ini khianat kepada parti. Mereka ini manusia yang tidak mengenang budi PAS kepada mereka.

Ana doakan mereka selamat dunia dan akhirat. Jangan kembali kepada PAS kalau sudah sekali tersesat. Jangan jadi mabuk kuasa – sehingga lupa kepada tamrin dan tarbiyyah kepimpinan yang kita dan lama tekankan.

HIMPUN akan menyebabkan PAS pecah sedikit. Tak banyak. Tapi akan pecah. PAS Pusat akan terpaksa membuat beberapa keputusan penting – khususnya kepada beberapa watak-watak PAS yang masih bertekad nak bersama dengan HIMPUN (kononnya di atas landasan menyelamatkan akidah). Ini semua hipokrasi.

Siapa dia watak-watak PAS tersebut? Seorang daripadanya adalah MANTAN TIMBALAN PRESIDEN….tak percaya? Tungguuuuuuu……

Advertisements