Ana ucapkan tahniah di atas keberanian pimpinan PAS buat keputusan untuk tidak menyertai HIMPUN. Takbir!

Kita jangan takut sangat dengan permainan media UMNO kononnya kita sudah tidak lagi berjuang soal ISLAM. Sudahlah. Ini semua taktik lama la der. Dah tak jalan. PAS berjuang demi agama tak perlu di atas landasan UMNO. Kita tak main kolam dengan UMNO. Kita gerak sendiri.

Ana nak ingatkan rakan-rakan PAS; HIMPUN hanya ada satu niat iaitu menampilkan beberapa orang winnable candidate bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Tak lebih dan tak kurang.


Nama Yusri Mohamad (ABIM) dikatakan sudah timbul dua tempat di Selangor. Satu di bawah DUN di Shah Alam. Dan satu lagi di DUN Hulu Kelang (untuk berentap dengan YB Saari Sungib). Apa UMNO ingat kita tak tahu cubaan dia? Silap haribulanlah!

Beberapa nama yang akan ditampilkan sebagai penceramah pada malam itu juga akan diletakkan sebagai calon. Mana satu ni? Nak selamatkan akidah atau nak selamatkan politik UMNO? Bangsat! Main agama untuk kepentingan politik.

Kita pun ada kawan kalangan orang Kristian. Tak ada pulak kita balik dan letak salib di pintu rumah. Tak ada. Yang ramai budak-budak, remaja, perempuan yang murtad ini bukannya ahli PAS pun. Mungkin ahli UMNO kot…hehe. Iman tak kuat.

Tak payahlah UMNO nak selindung di sebalik akidah bagi menyelamatkan Selangor. Buruk benor nampaknya.