http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6028-himpun-keputusan-pas-malam-ini

Sama ada PAS menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini akan diputuskan malam ini. Keputusan itu akan dibuat pada Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang akan diadakan malam nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu mungkin dapat diketahui sekitar jam 11.00 malam ini.

Ketika dihubungi pagi ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan itu nanti dipatuhi semua organisasi PAS.

Semalam, PAS Selangor menyeru penganjur Himpun supaya menjauhkan dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.

=============================

Pada ana lah kan, ini semua kerja politik dan alat politik UMNO. Dah tak ada kerja lain. Sibuk nak buat demonstrasi dan himpunan pulak. Gunakan salib sebagai modal kononnya nak mempertahankan Islam. Tolonglah…jangan jadi hipokrit.

Setelah ana merisik dengan kawan-kawan, mereka menganggap HIMPUN ini sebagai alat politik UMNO. Terang. Jelas. Memang UMNO menggunakan isu kristian sebagai modal nak dapat undi Melayu. Rakyat dah bijaklah. kalau setakat berhimpun, dapat apa? Dapat apa? Cuba cakap dapat apa? Setakat berhimpun, tapi lesen untuk bina gereja paling besar di asia tenggara di bagi jugak. Tapi cakap pasal nak bendung kristian. Pi rah. Berlakon kuat.

tengok sahaja di : http://himpun.org/senarai-ngo

SENARAI PENYOKONG HIMPUN

1.  Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)

2.  Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)

3.  Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |Wanita UMNO

4.  Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)

5.  1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)

6.  Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)

7.  Islam Itu Indah | (website) (facebook)

8.  BeautifulNara | (website) (facebook)

9.  Nasyeed.com | (website) (facebook)

Pemuda UMNO & Wanita UMNO kononnya nak sokong HIMPUN. Selama ini Kristianisasi tak berlaku dalam kerajaan BN? Tak ada yang murtad? Tolonglah…jangan nak menipu.

Ana pun tak faham dengan Pemuda PAS…main ikut sahaja. Tak ada pendirian langsung.

Tak selamat AKIDAH dengan himpun tak tentu hala macam ni…tak selamat. Ini semua agenda politik – sebab nak naikkan Dr Yusri sebagai calon UMNO dalam pilihanraya. Kalau tak nampak juga…memang kita cari penyakit.