Parti GERAKAN, pada pandangan ana sudah nazak. Ibarat kata, memang menunggu mati. Dah tak boleh pakai bantuan pernafasan pun. Koma. Kalau Najib PM nak bantu pakai CPR pun…bayangkan kena tiup udara kat mulut Tsu Koon. Eeee…geli geleman.

Tsu Koon ini sudah ditolak oleh partinya sendiri. Dalam konvensyen GERAKAN, mood perwakilan pun kita boleh agak. Ana hadir sebab temankan seorang kawan dari DAP yang nak buat kerja intelligence sikit. Nak tahu semangat dan kemahuan parti GERAKAN. Kesimpulan….GERAKAN sudahpun meninggal. Kawan ana yang ahli DAP pun gelak tengok perangai Tsu Koon. Macam badut. Kena balun dengan Ketua Wanita pun dah menggelabah dan korbankan diri.

Berdasarkan pergaulan ana sehari suntuk dengan ahli GERAKAN – memang ahli parti ini semuanya fikir kepentingan diri. Mereka tak macam DAP. DAP lebih tahu menghargai sahabat dalam apa juga keadaan. DAP tahu macamana nak bantu kawan-kawan. GERAKAN hanya tahu nak jaga kepentingan sempit tokey Cina yang kaki ampu. Ana jumpa lebih 50 orang ahli GERAKAN – ana duduk dan berborak – kesimpulan ana; kesemua ahli memang sudah menyampah dengan Tsu Koon.

Tak macam Guan Eng dan Kit Siang; Tsu Koon bercakap macam pondan tua. Tak ada halatuju langsung. Berapa ramai perwakilan yang tidur. Yang keluar dan buat hal sendiri pun ramai.

Ana harap sangat, PAS tak ada pemimpin yang bacul dan pengampu macam Tsu Koon ni. Kat mana Presiden ada – dia ada. Kat mana kereta Presiden berhenti – dia tolong buka pintu. Sembahyang jamaah, pastikan sebelah Presiden parti. Sebab apa? Sebab nak pastikan diri sendiri jadi calon dalam pilihanraya.

PAS tak perlu orang macam Tsu Koon dalam parti ini. Guna tempat untuk kepentingan diri sendiri.

Ahli PAS kena amal dan tarbiyah diri sendiri dengan budaya politik berasaskan AMILIN HARAKI. Kena ingat tu. AMILIN HARAKI. Nanti ana terangkan apa dia AMILIN HARAKI.

Lega ana lepas balik dari perhimpunan GERAKAN – lega sebab Tsu Koon ini bukan kawan kita dalam Pakatan Rakyat. Kalau tidak…hancusssssssss……