Ana susah nak percaya JPN/KDN sebegitu rakus nak berikan warganegara kepada yang tidak layak. Ana cakap begini, sebab isteri kedua ana bekerja dalam Jabatan Imigresen. Melaka. Ana pun jarang jumpa dia. Sekali sekala bila sampai waktu hantar ‘bekalan’. Ana memang selalu bertanya dengan isteri ana, samada cerita yang dikatakan ini betul. Berapa ramai yang dah diberi? Tumpu di Johor sahaja atau seluruh Negara? Warga mana yang diberi kad pengenalan ini? Ini semua kerjasama Imigresen dan JPN ka?

Isteri ana bahasakan ana – jangan jadi bodoh percaya segala tuduhan tu. Tak betul kata dia. Takkanlah kerajaan jadi bengap begitu nak bagi warganegara kat semua orang. Masalahnya, isteri ana ini bukannya kerani cabuk. Ada jawatan lah juga. Biasa masuk meeting di KDN, Putrajaya. Tak pernah sekalipun dia kata ada mesyuarat khas yang cuba nak buat kerja yang macam itu. Ana terdiamlah. Tak boleh kata apa.

Isteri ana maklumkan – banyak kes pemberian warganegara melibatkan mereka yang dah daftar berbelas tahun. Ada tu, sampai berpuluh tahun. Bukannya kes baru. Bukannya usaha bawa masuk orang luar nak jadi warganegara. Tambah isteri ana lagi, ‘siasat dulu…jangan tuduh yang bukan-bukan. buat malu sahaja nanti’.

Ana malas lah nak bertekak dengan bini. Dahlah jarang jumpa. Baik fokus kepada apa yang lebih positif.

Sebab itu ana nak ingatkan orang macam Suhaizan – buatlah penyelidikan betul-betul. Ana serba salah kalau kita main serkap jarang sahaja. Malu kita nanti. Selidik betul-betul. Ambil gambar dan bukti. Jangan main tuduh-tuduh kosong. Nanti orang tak hormat pada kita.

Cerita dalaman JIM, jangan risau. Ana akan korek daripada isteri ana.

Setakat ini, memang tak ada. Clean. Macamana kita heboh nak buat cerita macam-macam. Sumber ana ini tepat. Isteri ana sendiri. Takkan dia nak dahulukan gomen dari laki sendiri. Tak logik.

Bab ini, ana minta maaflah, ana percaya isteri ana. Dia kata tak ada. Ana percaya tak ada. Rasuah pun tak ada dalam JIM Melaka. Puas ana tunggu. Tak ada.

Sekadar nak ingatkan kawan-kawan…jangan buka cerita yang tak benar. Dosa dapat. Malu dapat. Parti hilang hormat.

Advertisements