Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mensasarkan 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Komitmen ini dibuat oleh DHPP dalam mesyuarat pimpinan DHPP Pusat dengan pimpinan Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu disertai oleh pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, timbalannya N Balasubramanian, naib pengerusi Vincent Lee, setiausaha Letchumanan dan lain-lain pimpinan pusat dan negeri DHPP.

Turut serta adalah lembaga penasihatnya iaitu Dr Mujahid Yusof dan pimpinan lain. JPP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Dr Hatta Ramli serta ahli-ahlinya iaitu Mohd Firdaus Jaafar (anggota parlimen Jerai) dan Mohamad Husin (anggota parlimen Pasir Puteh).

Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, usaha akan dibuat dengan kerjasama JPP untuk mencapai sasaran itu.

“Kita akan buktikan PAS sebuah parti yang relevan dan diterima pelbagai pihak dalam masyarakat majmuk Malaysia ini,” katanya.

=======
Alhamdulillah, ana puji dengan sikap DHPP yang bersungguh nak pastikan penyokong PAS di kalangan bukan Muslim bertambah. Inilah yang kita harapkan. Insya’Allah boleh. Ini semua perlu diperkukuh dengan komitmen pimpinan PAS juga. Kena cool sikit kata orang. Bagi bukan Islam pun tertarik dengan perjuangan kita.

Kita tak boleh gerak parti PAS dengan stail lama. Kita kena longgarkan sedikit kaedah kita. Jangan la cerita pasal Hudud setiap masa. Kena cerita benda-benda yang lebih syumul tentang Islam. Itu yang lebih molek. Minta maaf cakap, sesetengah pimpinan ulama’ PAS kalau balun orang kafir – teruk sangat. Sampai tak terangkat muka orang Cina dan India kepada parti kita. Kena bawak rilek juga dalam dakwah ni. Jangan hentam keromo sahaja.

DHPP pun cakap benda sama. Kena slow sikit bab Hudud. Ini disampaikan dengan sangat beradab kepada pimpinan PAS. Kena slow sikit. Bukan buang. Bukan ketepikan.

Kita kena beri mereka muka. Tugas mereka nak yakinkan non-Muslim untuk menyokong kita agak sukar dan berat.

30,000 ini permulaan yang baik. Kita akan tingkatkan lagi nanti.

Tahniah DHPP. Usaha lebih keras ya.