Kebetulan semalam ana berada di Parlimen. Di atas jemputan seorang wakil rakyat kita dari PAS. Seronok juga sekali sekala masuk Parlimen. Macam-macam perangai kita boleh perhati. YB tidur. YB keliru (tak tahu apa), YB menguap, YB senyum sorang diri, YB layan facebook – semua ada. Tak kiralah orang BN ke orang PR. Sama sahaja.

Tapi semalam dapat sedikit extra sebab ada perbahasan mengenai bajet. Seronok dengar ucapan Anwar. Memang layak sebagai Ketua Pembangkang. Anwar yang bijak mengguna segala fakta, telah beberapa kali menjerat BN dengan kenyataan yang sukar nak dibalas. Ini termasuklah unjuran banyak badan antarabangsa bahawa Malaysia tak akan mampu catatkan pertumbuhan ekonomi yang baik. Banyak badan antarabangsa. IMF. ADB. MIER pun sama. Pada ana, fakta Anwar ini memang BN takut dan ngeri.

Anwar juga sebut bab ketidaktelusan. Anwar sebut bab National Feedlot Corporation. Ini syarikat yang patutnya urus pengeluaran daging lembu di seluruh Malaysia. Patutnya kira macam GLC jugalah. Tapi apa jadi apabila semua anggota yang ada adalam NFC adalah anak/suami kepada seorang Menteri. Ramai orang kata Shahrizat. Ana pun rasa ya.

Tapi fakta macam inilah yg kita harap boleh dikeluarkan dalam ceramah. Kena selalu2 ingatkan rakyat bahawa memang BN ini kaki bantai duit rakyat. Belanja ikut suka. Tak ikut peraturan.

Tak ramai pun YB PAS yang masuk campur dalam perbahasan. Dr Dzul ada sekali dua masuk. Yang lain ana tengok senyap sahajalah.

Kita minta wakil rakyat kita lebih vokal dan berani berucap dalam dewan. Jangan tidur macam Ibrahim Ali. Tak guna rakyat undi kita menang di kawasan masing-masing. Kalau tak berapa pandai, ana cadang – upah sorang dua budak universiti kita untuk bantu. Janganlah senyap sahaja dalam dewan. Tak seronok.

Ana cadang kita terus serang dalam isu NFC ini. Jangan bagi can. Serang.

Ana juga cadangkan agar kalangan YB-YB kita semuanya berbincang tentang isu-isu yang nak dibawa ke dalam Parlimen. Jangan biarkan PKR dan DAP sahaja yang jadi jagoan dalam Parlimen. Kita tak ada apa nak jual kepada rakyat nanti.

* nak kenal dengan towkey NFC yg dapat modal kerajaan RM250 juta? tengok gambar yg ana post kan ini. mahal yeop harga dia. RM250 juta. kamu ada?