Ana ketawa bagai nak rak bila kawan ana, Pemuda PAS Kepala Batas hantar e mail terbaru mengenai gambar calon BN dalam PRU yang akan datang di Kepala Batas. Lawak. Belum apa-apa ada orang dah tempah poster? Dah confirm ka? Aunty Rosmah sudah bagi clearance ka? Dato’ Najib sudah bagi surat ka?

Inilah antara contoh orang BN yang gila kuasa – heboh satu dunia nak jadi calon. Kita dalam PAS…tenang sahaja. Tak ada kecoh-kecoh.

Menurut rakan ana, gambar tersebut dihantar oleh AJK Pemuda UMNO Kepala Batas kepada dia. Depa pun dah tak larat nak layan perasan mamat nama Merican ni. Huru hara. Habis nak potong jalan semua orang – Timbalan Ketua Bahagian, AJK Bahagian yang lebih mampu menang. Reezal, kata AJK pemuda Kepala Batas pakai duit untuk menang hati orang UMNO. Hantar orang pergi melancong di Indonesia. Kalangan Pemuda UMNO Kepala Batas bukan semuanya sokong dia pun.

Gambar calon ini katanya dah bertebaran di Kepala Batas. Kononnya nak tanya respon orang ramai – ok ke tidak gambaq tu? Perasan sungguh la mamak sekoq ni…

AJK Pemuda UMNO Kepala Batas itu minta kita masukkan dalam blog. Ana tak kisah. Ana suka nak masuk dalam blog.

Kalangan orang PAS di Kepala Batas pun kena kerja kuat. Kalau si mamak beristeri dua ini yang tanding – tak apalah. Kita rasa insya’Allah kita masih boleh menang. Yang ana risau, takut depa dok parachute orang lain. Orang yang bersih dan tak ada isu apa-apa. Tak ada isu rasuah. Tak ada isu salah guna kuasa.

Kena rujuk soalan dalam Parlimen oleh YB Bebas Wangsa Maju…soalan terbaru di Dewan Rakyat.

9. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] memohon Kementerian Kewangan
menyatakan:

a. berapakah jumlah wang yang bekas pegawai Kementerian, En Reezal Merican, belanjakan tanpa kuasa dan/atau tidak mengikut prosedur Kementerian yang sediaada?

b. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap dia mengenai perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan apakah tindakan untuk memperoleh kembali wang yang dibelanjakan tersebut?

Orang macam ini kita nak undi di Kepala Batas. Najib memang dah tak cukup orang kalau dok guna mamak sorang ni.