http://youtu.be/UgtJzJgr_Ws

Nampaknya semalam YB kita dari Pokok Sena sudahpun mencucuk jarum yang sangat halus kepada kerajaan. Cantik. Menggelabah orang gila Pasir Salak melompat kononnya nak mempertahan Pemuda UMNO dan Najib Razak daripada tuduhan menjadi punca kepada Ops Lalang. Sangat seronok tengok YB Pokok Sena membuatkan kerajaan huru hara. Dalam ramai-ramai hanya orang gila Pasir Salak sahaja yang menyalak. Yang lain senyap. Adalah YB Lilah (orang kampung den) bersuaro. Tapi ngalahkan pondan suaro eh. Takdo kosan.

Inilah yang kita perlukan. Kalangan YB PAS yang berani mengemukakan soalan-soalan yang menggelabahkan kerajaan.

Statement YB Pokok Sena mudah sahaja. UMNO dan MCA lah yang menjadi punca kepada Ops Lalang tahun 1987. Salah? Ada masalah? Kalau ada masalah, samanlah. Apa lagi.

Betulla kata Pokok Sena, memang Pemuda UMNO zaman itu yang menimbulkan soal perkauman. Lee Kim Sai sekadar watak sahaja. Pemuda UMNO lah yang menjerit bagai orang tak betul di padang TPCA. Nak nafikan lagi?

Masa itu Najib nak sokong Anwar Ibrahim. Kena ingat sejarah tu. Makanya, peranan Anwar pun ada dalam isu itu. Termasuklah kemahuan Anwar membuat himpunan 500,000 umat Melayu di Chow Kit – meraikan ulangtahun UMNO ke 41. Jangan lupa kejadian tu?

Maknanya, kes 1987 ini ada tangan Anwar juga. Memang master bab buat kecoh nampaknya kawan kita ni. Dalam UMNO pun dia buat kecoh. Luar UMNO pun dia buat kecoh. Sudahnya, baik kita berkawan dengan dia dan lawan kerajaan. Mudah cerita.

Ada kawan dari PAS Gombak ingatkan – jangan dibuka sangat kisah Ops Lalang ni. Nanti terjebak pulak bagaimana Anwar Ibrahim naik hantu nak jahanamkan orang Cina. Habis Pemuda UMNO macam Mat Taib, Najib Razak, Pasir Salak, Azmir Nawawi, Ibrahim Ali nanti terlibat sama. Kita jangan lupa game dan permainan orang Cina ni. Bahaya juga – katanya.

Alasan ana mudah sahaja. Orang cina dulu bukan macam cina sekarang. Cina sekarang kita boleh buat kawan. Boleh tidur sebantal. Orang cina dulu jangan dibuat main.