Kita ucap syukur ke hadrat Ilahi kerana Pakatan Rakyat semalam sudah selamat membentangkan bajet yang kita jangka boleh lawan dengan Bajet Abang Jibby. Abang Jibby buat bajet hari jumaat ini. Kita umum dulu. Bagi tekanan sikit dekat kawan-kawan Abang Jibby yang tengah huru hara buat bajet. Ana diberitahu oleh rakan-rakan di Perbendaharaan, Bajet tahun ini akan sepenuhnya disediakan oleh Kementerian Kewangan. Abang Jibby tak boleh masuk campur sangat. Ini semua disebabkan kekecohan isu Menara 100 tingkat dalam bajet yang lalu.

Kementerian tak mahu letak dalam bajet. Abang Jibby nak juga letak. Sudahnya jadi isu. Yang kena marah, para pegawai di kementerian kewangan juga. Padahal yang nak masukkan dalam bajet, Abang Jibby sendiri. Apa lah punya isu.

Bajet PR semalam melibatkan tokoh dan ilmuan PAS juga. Dr Dzul jadi wakil kita. Memang hebat Dr Dzul. Masyarakat antarabangsa pun puji kecekapan dia dalam melaksanakan bajet yang baik. Alhamdulillah.

Anwar umum, bahawa PR akan sedia RM220 bilion untuk bajet. Memang la bukan duit kita. Itu impian kita kalau dapat memimpin di Putrajaya. Rakyat kena tahulah apa yang kita rancang.

Tapi dalam pada ana meneliti semua itu, ana perasan banyak juga yang masih belum diberikan penekanan:-

  • Peruntukan untuk sekolah-sekolah agama rakyat seluruh Negara? Berapa kita nak bagi?
  • Pembaikan institusi zakat (pengurusan dan pentadbiran kewangan)?
  • Apa bajet untuk usaha dakwah dan pengembangan syiar Islam?
  • Bajet khas ‘Kajian Hudud Seluruh Malaysia’?
  • Peruntukan khas untuk keluarga besar (lebih 5 anak di kawasan bandar)?
  • Pengwujudan ‘Perbendaharaan Halal’ (khusus untuk pendapatan yang halalan toyyiban sumbernya; tidak bercampur dengan cukai judi, arak, dan sebagainya).
  • Pengurusan tanah wakaf dengan lebih berkesan.
  • Program dakwah dan pengurusan akidah?
  • Pemantapan ekonomi mualaf dan saudara baru?
  • Peruntukan khas RM100 juta untuk pembaikan sekolah-sekolah pondok?

Ini semua kalau boleh, ana minta kita peka sikit. Jangan tinggal bab-bab Islam ini. Kita kena usahakan sampai mampu.

Dalam pada orang Cina ujudkan Community Chest (guna duit judi untuk sekolah Cina); kita pun elok bagi cadangan agar ‘Ummatic Chest’ diwujudkan bagi membantu sekolah-sekolah agama di seluruh negara. Jangan anak tirikan sekolah agama. Gaji guru-guru agama dinaikkan dengan sekali ganda. Baru seronok.

Kita harap PAS bagi input Islam kepada bajet. Jangan ikut sangat puak PKR dan DAP ni. Sesat kita nanti. Kitalah kena cadangkan sesuatu yang baik dan positif.