Alhamdulillah, semalam adalah detik gembira buat warga Kampung Baru dan Parlimen Titiwangsa. RUU mengenai penubuhan Perbadanan Kampung Baru akhirnya di tarik balik oleh seorang Menteri yang tak ada tulang belakang. Seorang Menteri yang diletakkan di jawatan tersebut; kerana kononnya sahabat baik dengan Perdana Menteri. Sudahnya, hancur. Menteri yang sama kononnya menjual cerita dia boleh menang di Lembah Pantai, Titiwangsa atau Setiawangsa dengan pejam mata. Mangkuk punya Menteri. Tamak haloba.

Kita patut bersyukur kerana apa yang berlaku ini adalah hasil perjuangan Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ yang banyak memberikan tumpuan kepada RUU ini. Mahunya tidak, Perbadanan apanya kalau hanya ada 2 orang anggota. Tak ada waris Kg Bharu pulak tu. Menampakkan betapalah RNC ini tidak ada ilmu. Pendek akal. Memang menempah maut politik la kalau macam ini dia mengurus isu Kg Bharu.

PAS Titiwangsa memang dalam keadaan yang suam kuku. Masing-masing kata mempunyai kekuatan untuk mengekalkan kemenangan Dr Lo’ Lo’. Ada yang minta orang dalam. Ada yang minta individu dari Pusat dicampak ke Titiwangsa bagi memenangi kawasan itu.

Ada juga cadangan anak Dr Lo’ Lo’ diangkat menjadi calon. Boleh dapat undi simpati. Berapa banyak undi simpati? Boleh sampai beribu?

PAS Titiwangsa kena kaji dengan mendalam. Jangan emosi. Jangan melompat kuat sangat.

Kalau diikutkan oleh calon UMNO – Johari Ghani ini memang kaya raya orangnya. Boleh tampung Titiwangsa pakai duit sendiri. Tak payah pakai duit gomen. Bayangkan. Jenuh kita nak berlawan dengan orang macam ini. Calon kedua pun kaya juga – Afendi Zahari. Katanya calon yang mahu dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri. Wajah muda dan berkemampuan.

Kita? Berapa ramai calon kita dah sediakan? Cuba cerita?

Kita ada peluang menang di titiwangsa kalau kita tentukan calon lebih awal. Jangan tunggu last minit. Payah. Buat keputusan sekarang. Terus perkenalkan kepada pengundi. Guna isu RNC dan RUU Kampung Bharu. Boleh cari makan.