Alhamdulillah, kita patut mengucapkan tahniah di atas kejayaan kita menganjurkan sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas. Memang hebat. Kehadiran sangat baik. Semua yang hadir seronok dapat melihat pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan isu dan apa yang terbuku di hati.

Guan Eng memang mendapat sambutan baik. Ramai kalangan ahli kita yang seronok mendengar penjelasan Guan Eng. Walaupun dia kata DAP tidak akan menerima hudud – tapi apa yang lebih penting adalah menewaskan Barisan Nasional. Senang. Jelas. Sahih. Penerangan jenis ini lebih kita hormati. Guan Eng cakap depan 30 ribu ahli PAS bahawa DAP tidak dapat menerima hudud. Oklah tu….sekurang-kurangnya dia berani cakap di pentas PAS. Terus terang. tak macam UMNO. Main cakap belakang. Macam keling. Tak tahu nak buat pendirian mengenai Hudud.

Guan Eng memang star dalam pakatan rakyat. Hormat kita kepada Guan Eng memang tinggi. Dia nampak bersih dan hormat kepada Islam. Pemimpin macam inilah yang kita nak. Bukan macam Chua soi lek. Kuat main. Makan viagra.

Guan Eng memang kurang ajar – kadangkala. Tapi yang penting dia bersih dan tidak rasuah. Tak macam UMNO.

Kita ucap tahniah kepada Guan Eng sebab berani cakap DAP tolak hudud di hadapan ribuan ahli pas. Semua terima dengan baik. Tak ada isu pun.

PAS memang perlukan Guan Eng bagi menarik undi Cina kepada PAS. Memang kita perlukan Guan Eng. Jangan kita nak tipu diri sendiri. Kalau kita dok jerit Pas for All takkan kita nak main tipu dengan keperluan kita.

Kita harap Guan Eng dan Kit Siang (Karpal) dapat terus membantu kita memastikan kemenangan di kawasan-kawasan yang kita perlukan undi bukan Muslim. Bantu PAS, PAS akan bantu mereka untuk undi Melayu.